MS/Prabhupada 0124 - Kita Seharusnya Menerima Kata-Kata dari Guru Kerohanian sebagai Nyawa dan Jiwa Kita

The printable version is no longer supported and may have rendering errors. Please update your browser bookmarks and please use the default browser print function instead.


His Divine Grace Srila Bhaktisiddhanta Sarasvati Gosvami Prabhupada's Disappearance Day, Lecture -- Los Angeles, December 9, 1968

Maka beliau hidup sebagai seorang akhaṇḍa brahmacārī. Bhaktivinoda Ṭhākura mempunyai ramai anak-anak yang lain, dan beliau adalah anak yang kelima. Dan ada di kalangan abang-abang beliau juga yang tidak berkahwin, mereka juga tidak berkahwin. Dan Guru Mahārāja saya, beliau juga tidak berkahwin. Daripada zaman kanak-kanak beliau adalah seorang brahmacārī yang sangat tegas, Bhaktisiddhānta Sarasvatī Gosvāmī Mahārāja. Dan beliau telah bertapa secara berat untuk memulakan pertubuhan ini, pertubuhan dunia. Itu adalah misi beliau. Bhaktivinoda Ṭhākura inginkan ini. Beliau, di tahun 1896, Bhaktivinoda Ṭhākura ingin memperkenalkan pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa dengan menghantar buku ini, Shree Chaitanya Mahāprabhu, Kehidupan serta Petunjuk-petunjuk-Nya. Mujurnya, tahun tersebut adalah tahun saya dilahirkan, dan dengan pengaturan Sri Kṛṣṇa, kita telah ditemui. Saya dilahirkan di dalam keluarga yang lain, dan Guru Mahārāja saya dilahirkan di keluarga yang lain. Siapa yang tahu yang saya akan mendapati perlindungan beliau? Siapa yang tahu yang saya akan pergi ke Amerika? Siapa yang tahu yang pemuda-pemuda Amerika ini akan datang kepada saya? Ini adalah semua pengaturan Sri Kṛṣṇa. Kita tidak boleh memahami bagaimana benda-benda ini berlaku.

Di tahun 1936... Hari ini adalah 9 December, 1938(68). Ini bererti ia berlaku tiga puluh dua tahun dahulu. Pada masa itu, di Bombay, saya telah berniaga. Secara tiba-tiba, berkemungkinan pada tarikh ini, mungkin antara 9 ataupun 10 Disember. Pada masa itu, Guru Mahārāja berada dalam keadaan kurang sihat, dan beliau tinggal di Jagannātha Purī, kawasan tepi pantai. Dan saya telah menulis surat kepada beliau, “Guru saya yang dikasihi, para murid anda yang lain, brahmacārī, sannyāsī, mereka sedang berkhidmat secara terus terhadap anda. Dan saya seorang yang berumahtangga. Saya tidak boleh hidup tanpa anda, saya tidak boleh layani anda dengan begitu baik. Oleh itu, saya tidak mengetahui. Bagaimanakah saya akan berkhidmat untuk anda?" Ia cuma satu idea, yang saya ingin berkhidmat untuknya, “Bagaimanakah saya boleh berkhidmat untuk beliau dengan cara yang serius?” Oleh itu, beliau telah membalas surat saya pada tarikh 13 Disember 1936. Di dalam surat tersebut, beliau telah menulis, “Kehadapan muridku yang dikasihi, saya amat senang hati menerima suratmu. Saya fikir yang anda harus cuba untuk mendorong pertubuhan ini dengan mempergunakan Bahasa Inggeris.” Itu yang telah dituliskan oleh beliau. “Dan itu akan membawakan kebaikan kepada anda dan kepada orang-orang yang akan menolong anda.” “Dan saya berharap…” Itu adalah perintah beliau.

Dan di tahun 1936, pada 31 Disember – ia bererti selepas sahaja setelah menulis surat ini – beliau meninggal dunia. Namun saya telah menerima perintah guru kerohanian saya dengan serius, tetapi saya tidak memikirkan yang saya harus berbuat begitu dan begini. Pada masa tersebut, saya adalah seorang yang berumah tangga. Namun ini adalah aturan Sri Kṛṣṇa. Jika kita ingin berkhidmat kepada guru kerohanian kita, perintah-perintah beliau dengan cara yang tegas, maka Sri Kṛṣṇa akan memberikan kita segala kemudahan. Itu adalah rahsianya. Walaupun ia adalah mustahil, saya tidak langsung berfikir, tetapi saya telah mengambilnya dengan serius dengan mempelajari ulasan yang diberikan oleh Viśvanātha Cakravartī Ṭhākura mengenai Bhagavad-Gītā. Ayat di Bhagavad-gītā : vyavasāyātmikā-buddhir ekeha kuru-nandana (BG 2.41), berhubung kait dengan ayat ini, Viśvanātha Cakravartī Ṭhākura memberikan ulasan yang kita seharusnya menerima kata-kata guru kerohanian sebagai nyawa dan jiwa kita. Kita harus mencuba untuk melaksanakan perintah beliau, perintah tertentu daripada guru kerohanian, secara teguh, tanpa mengira kita akan mendapat sebarang keuntungan atau kerugian. Maka saya mencuba sedikit dengan semangat seperti begitu. Maka beliau telah memberikan segala kemudahan untuk berkhidmat untuk beliau. Ia sudah sampai ke tahap ini, di mana saya telah datang ke negara anda pada usia tua ini, dan anda juga menerima pertubuhan ini secara serius, dengan cuba memahaminya Kita ada beberapa buku-buku sekarang. Oleh itu pertubuhan ini telah bertapak. Pada hari majlis suci hari pemergian guru kerohanian saya ini, sepertimana saya sedang cuba menurut kehendaknya, dengan cara yang serupa, saya juga ingin meminta anda untuk menurut kehendaknya melalui keinginan saya. Saya sudah berusia tua, saya boleh mati pada apa masa jua. Itu adalah hukum alam. Tidak ada siapa yang boleh menghentikannya. Maka ia bukan sesuatu yang menakjubkan, namun saya merayu, pada hari suci permergian Guru Mahārāja saya ini, yang, sekurang-kurangnya anda telah memahami intipati pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa. Anda harus cuba untuk memperjuangkannya. Ini kerana manusia berada di dalam keadaan yang sengsara menungggu untuk kesedaran ini.