MS/Prabhupada 0044 - Pengabdian Bererti Bahawa Anda Mematuhi Arahan Tuan



Lecture on BG 4.1 -- Montreal, August 24, 1968

Ini bermakna beliau mengikuti arahan Krishna. Itu sahaja. Beliau tidak kisah bahawa "Aku akan menjadi musuh kepada Kṛṣṇa." Prinsipnya adalah beliau mengikuti. Jika Kṛṣṇa bersabda bahawa "Anda jadi musuh-Ku,' maka saya akan menjadi musuhNya. Itulah bhakti-yoga. Ya. Saya mahu memuaskan Krishna. Sama seperti seorang majikan meminta pekerjanya "Anda ketuk saya di sini." Maka beliau akan mengetuknya seperti ini. Jadi itulah pengabdian. Orang lain yang melihat, "Oh, beliau mengetuk dan beliau berfikir, "Aku sedang mengabdi? Apakah ini? Beliau mengetuk. Tetapi majikan mahukan bahawa "Anda ketuk saya." Itulah pengabdian. Pengabdian bererti bahawa anda mematuhi perintah majikan. Tidak kisah apa jua. Terdapat contoh yang sangat baik dalam kehidupan Tuhan Caitanya, iaitu Beliau mempunyai pelayan peribadinya Govinda. Selepas Tuhan Caitanya mengambil prasādam, kemudiannya sahaja Govinda akan makan. Pada suatu hari, Tuhan Caitanya, selepas mengambil prasādam, Beliau tidur di ambang pintu. Apa yang ia dikatakan? Ambang? Pintu? Pintu. Jadi Govinda melintasi Beliau. Kebiasaannya Govinda akan mengurut kaki Beliau selepas, iaitu apabila Belaiu sedang berehat. Jadi Govinda melintasi Tuhan Caitanya dan mengurut kaki-Nya. Maka Tuhan Caitanya tertidur, dan, katakan, selepas setengah jam, apabila Beliau bangun dari tidur, Beliau melihat, "Govinda, anda tidak mengambil prasādam anda lagi?" "Tidak tuan." "Mengapa?" "Saya tidak boleh melintasi Anda. Anda berbaring di sini." "Jika demikian, bagaimana kamu datang?" "Saya melintasi." "Bagaimana anda datang kali pertama dengan melintas, kenapa tidak melintas sekali lagi? Pertama kali saya melintasi untuk pengabdian Anda. Dan kini saya tidak boleh melintasi Anda untuk mengambil prasādam saya. Itu bukannya kewajipan saya. Itu adalah untuk diri saya sendiri. Dan yang lagi satu adalah untuk Anda." Jadi untuk kenikmatan Krishna anda boleh menjadi musuh-Nya, anda boleh menjadi teman-Nya, anda boleh menjadi apa jua. Itulah bhakti-yoga. Kerana matlamat anda adalah bagaimana untuk memuaskan Kṛṣṇa. Dan sebaik sahaja datangnya detik untuk memuaskan deria anda, serta merta anda akan datang ke dunia material ini.

kṛṣṇa-bahirmukha hañā bhoga vāñchā kare
nikaṭa-stha māyā tāre jāpaṭiyā dhare
(Prema-vivarta)

Sebaik sahaja kita melupai Kṛṣṇa dan kita mahu melakukan sesuatu untuk memuaskan nafsu deria kita, ianya adalah māyā. Dan sebaik sahaja kita melepaskan proses memuaskan nafsu deria dan lakukan segalanya untuk Kṛṣṇa, ia adalah pembebasan.