MS/Prabhupada 0050 - Mereka Tidak Tahu mengenai Kehidupan yang Seterusnya



Lecture on BG 16.5 -- Calcutta, February 23, 1972

Alam, di bawah perintah Sri Kṛṣṇa, memberikan kita peluang, peluang untuk melepaskan diri daripada terikat kepada proses kelahiran dan kematian: janma-mṛtyu-jarā-vyādhi duḥkha-doṣānudarśanam (BG 13.9). Seseorang itu harus cerdas untuk melihat kesulitan yang akan timbul daripada keempat-empat insiden kehidupan tersebut: janma-mṛtyu-jarā-vyādhi. Itu adalah keseluruhan sistem Veda – bagaimana untuk melepaskan diri daripada cengkaman ini. Namun, mereka diberikan peluang iaitu “Anda buat ni, anda buat itu, anda buat itu,” menyebabkan kehidupan yang berprinsip, oleh itu mereka boleh melepaskan diri.

Oleh itu Bhagavān bersabda, daivī sampad vimokṣāya (BG 16.5). Sekiranya anda mendapatkan daivī sampat, kualiti-kualiti ini, seperti yang dihuraikan - ahiṁsā, sattva-saṁśuddhiḥ, ahiṁsā, banyak lagi perkara – maka kamu dapat membebaskan diri, vimokṣāya. Malang sekali, kerana ketamadunan moden, mereka tidak mengetahui apakah itu vimokṣāya. Mereka adalah sangat tidak berpengetahuan. Mereka tidak mengetahui bahawa terdapat kedudukan yang dikenali sebagai vimokṣāya. Mereka tidak tahu. Mereka tidak tahu mengenai kehidupan yang seterusnya (selepas kematian). Tidak ada sistem pendidikan. Saya mengembara seluruh dunia. Tidak ada satu institusi pun yang boleh memberikan pendidikan mengenai transmigrasi roh, bagaimana seseorang itu boleh mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Namun mereka tidak percaya. Mereka tidak berpengetahuan. Itu adalah āsurī sampat. Itu dihuraikan sini: pravṛttiṁ ca nivṛttiṁ ca janā na vidur āsurāḥ. Pravṛttim. Pravṛttim bererti tarikan, atau terikat. Kita harus terikat kepada jenis-jenis aktiviti seperti ini, dan kita harus menjauhkan diri jenis-jenis aktiviti seperti ini, itu, para asura (bersifat jahat), mereka tidak tahu. Pravṛttiṁ ca nivṛttiṁ ca.

pravṛttiṁ ca nivṛttiṁ ca
janā na vidur āsuraḥ
na śaucaṁ nāpi cācāro
na satyaṁ teṣu vidyate
(BG 16.7)

Ini adalah para asura. Mereka tidak tahu bagaimana kehidupan harus diteruskan, ke arah yang mana. Ini dikenali sebagai pravṛtti. Dan cara kehidupan yang mana mereka perlu menjauhkan diri, melepaskan diri, nivṛtti. Pravṛttis tu jīvātmana. Itu satu lagi. Bhunam. Nivṛttis tumahāphalām. Keseluruhan śāstra, keseluruhan arahan Veda adalah untuk pravṛtti-nirvṛtti. Mereka berlatih secara berperingkat. Sama seperti Loke vyavāyāmiṣa-madya-sevā nityā sujantoḥ. Para makhluk hidup mempunyai kecenderungan secara semulajadi untuk vyavāya, mengadakan perhubungan seks; dan madya sevāḥ, mengambil minuman keras; āmiṣa sevāḥ, dan makan daging haiwan. Terdapat naluri semulajadi. Tetapi para asura, mereka tidak cuba untuk memberhentikannya. Mereka ingin menambahkan lagi. Itu adalah cara kehidupan asura. Saya menghidap sejenis penyakit. Sekiranya saya ingin menyembuhkan penyakit tersebut, doktor akan memberikan preskripsi bahawa “Jangan mengambil”. Sama seperti pesakit diabetik. Ia dilarang seperti berikut “Jangan mengambil gula, jangan mengambil kanji”. Nivṛtti. Sama seperti, śāstra memberikan kita arahan bahawa kita boleh menerima benda-benda ini dan tidak boleh menerima benda-benda ini, śāstra. Sama seperti dalam antara kalangan masyarakat kita, kita telah memperoleh ciri-ciri penting daripada nivṛtti dan pravṛtti. Pravṛtti...Kita memberi arahan kepada pelajar-pelajar kita, “Jangan berzinah, jangan makan daging, jangan āmiṣa-sevā.” Āmiṣa-sevānityā sujantoḥ. Namun śāstra menyatakan sekiranya anda boleh melepaskan tabiat (yang disebut di atas), nivṛttis tu mahāphalām, maka anda telah mencapai kejayaan dalam hidup ini. Tetapi kita masih tidak bersedia. Sekiranya ia tidak bersedia untuk menerima pravṛttis dan tidak menerima nivṛttis, maka ia harus tahu bahawa ia adalah seorang asura. Sri Kṛṣṇa bersabda, pravṛttiṁ ca nivṛttiṁ ca janā na vidur āsurāḥ (BG 16.7). Mereka tidak... “Oh, apakah itu?” Mereka berkata, walaupun orang ternama, swami-swami ternama berkata, “Oh, apa salahnya?” Anda boleh makan apa sahaja. Ia tidak penting. Anda boleh melakukan apa sahaja. Anda hanya perlu membayar saya yuran, dan saya akan memberikan anda mantera yang istimewa”. Perkara sebegini sedang berlaku.