MS/Prabhupada 0062 - Melihat Krishna Dua Puluh Empat Jam



Lecture on SB 1.8.18 -- Chicago, July 4, 1974

Prabhupāda: Ārādhito yadi haris tapasā tataḥ kiṁ. Jika anda dapat memuja Krishna, maka tidak ada keperluan untuk lain-lain pertapaan, penebusan ... Kerana untuk meyedarkan diri atau mengenal Tuhan terdapat begitu banyak proses, pertapaan, penebusan Kadang-kadang kita pergi ke hutan, pergi ke hutan untuk melihat di manakah Tuhan, di mana ... Di sana, terdapat proses yang berbeza, tetapi sastera mengatakan bahawa sebenarnya jika anda memuja Krishna, ārādhito yadi haris tapasā tataḥ kiṁ, iaitu anda tidak perlu melalui pertapaan yang sukar atau penebusan. Dan narādhito, narādhito yadi haris tapasā tataḥ kim, dan akhirnya setelah melalui ..., menjalani pertapaan yang keras dan penebusan, jika, jika anda tidak tahu apakah itu Krishna, maka apa gunanya? Ia adalah sia-sia sahaja. Narādhito yadi haris tapasā tataḥ kim, antar bahir yadi haris tapasā tataḥ kiṁ. Begitu juga, jika anda boleh melihat Krishna selama dua puluh empat jam, di dalam mahupun di luar, maka itulah pengakhiran kepada segala pertapaan. Maka di sini Krshna bersabda sekali lagi, Kuntī berkata iaitu "Walaupun Krishna berada di dalam dan di luar, oleh kerana kita tidak mempunyai mata untuk melihat-Nya," alakṣyam, "tidak kelihatan." Sama seperti di sini Krishna hadir dalam peperangan Kurukṣetra, hanya lima Pāṇḍavas, seperti itu dan ibu mereka Kuntī, mereka mengerti bahawa Krishna adalah Kepribadian Tuhan Yang Maha Esa. Dan beberapa yang lain. Jadi, walaupun Krishna hadir, ada yang menganggap Beliau sebagai manusia biasa. Avajā ... avajānanti Mam mūḍhā mānuṣīṁ Tanum āśritam. Oleh kerana Beliau sangat mengasihi manusia, Beliau sendiri datang. Namun, kerana mereka tidak mempunyai mata untuk melihat-Nya, mereka tidak dapat melihat. Oleh itu Kuntī berkata, alakṣyam, "Anda tidak dapat dilihat, walaupun Anda adalah antaḥ bahiḥ, sarva-bhutanam." Tidak hanya antaḥ bahiḥ kepada penyembah - segala-galanya. Dalam hati setiap satu makhluk Krishna menetapi, īśvaraḥ sarva-bhūtānāṁ hṛd-deśe. Maksud, hṛd-deśe, di sini di dalam hati, adanya Krishna. Oleh sebab itu, meditasi, prinsip yoga, adalah untuk mengetahui Krishna yang berada di dalam hati. Itu dikatakan meditasi (tafakur). Maka kedudukan Krishna sentiasanya adalah dalam tahap rohani. Jika kita menerima proses rohani ini, kesedaran Krishna, prinsip-prinsip pengaturan, dan cuba untuk menjadi bebas daripada kehidupan yang berdosa. Ini kerana anda tidak dapat melihat Krishna atau memahami Krishna sekiranya anda mengamalkan segala kegiatan yang berdosa. Ianya tidak mungkin. Na māṁ duṣkṛtino mūḍhāḥ prapadyante narādhamāḥ. Mereka yang duṣkṛtinaḥ ... Kṛti bermakna (merit) sifat yang layak mendapat pujian, pujian; tetapi duṣkṛti, tetapi merit digunakan untu kegiatan yang berdosa. Dengan itu, kita meminta .... Kita tidak memohon; ini adalah, apa yang saya maksudkan ialah peraturan dan pengaturan, bahawa seseorang harus bebas dari kegiatan yang berdosa. Kegiatan-kegiatan berdosa, empat tunggak kehidupan yang berdosa adalah perlakuan seks di luar perkahwinan, makan makanan berdaging, kemabukkan dan perjudian. Maka pelajar-pelajar kita dinasihatkan...., bukan dinasihatkan, mereka harus taatinya; jika tidak mereka akan akan jatuh dari tahap rohani ke tahap bawahan. Kerana seseorang yang berdosa tidak dapat memahami Tuhan. Kita harus mengamalkan prinsip-prinsip pengaturan dan proses bhakti, dan masa yang sama kita harus mengelak daripada melakukan kegiatan yang berdosa. Kemudiannya baru Krishna akan hadir, dan anda boleh bercakap dengan Krishna, kita boleh berada bersama Krishna. Krishna maha pengasih. Sama seperti mana Kuntī berbicara dengan Krishna sebagai anak saudaranya, begitu juga anda boleh berbicara dengan Krishna sebagai anak anda, sebagai suami anda, sebagai kekasih anda, sebagai rakan anda, sebagai tuan anda, seperti yang anda idami. Maka saya amat bergembira sekali, untuk melihat kuil di Chicago ini. Anda menjaganya dengan baik sekali, dan dewannya juga bagus. Teruskanlah dengan sikap perkhidmatan sebegini dan sedarilah Krishna. Dengan itu kehidupan anda akan berjaya. Terima kasih banyak-banyak.

Penyembah: Jaya! Hari bol!