MS/Prabhupada 0065 - Semua Orang Akan Gembira



Arrival Lecture -- Gainesville, July 29, 1971

Tetamu Wanita: Adakah tempat untuk orang lain dalam kumpulan ini yang berkhidmat kepada Krishna secara tidak langsung iaitu selain dari berzikir mantera Hare Krishna sepanjang hari?

Prabhupāda: Tidak, prosesnya adalah seperti mana jika kita menyiram air pada akar sepohon pokok, air itu diedarkan kepada daun, dahan, ranting, dan kesemuanya segar. Tetapi jika anda hanya menyiram pada daun sahaja daun itu akan menjadi kering, dan pokoknya juga akan kekeringan. Jika anda meletakkan makanan ke dalam perut anda, maka tenaganya akan diedarkan ke jari anda, ke rambut anda, ke kuku anda dan ke anggota-anggota yang lain. Dan jika anda mengambil makanan dengan tangan dan tidak memasukkannya ke dalam perut, ia akan menjadi bahan buangan sahaja. Maka kesemua khidmat kemanusiaan ini sia-sia sahaja kerana tidak ada kesedaran Krishna di dalamnya. Mereka cuba pelbagai cara untuk berkhidmat kepada masyarakat, tetapi mereka semua kecewa dalam usaha yang tidak berguna, kerana tidak ada kesedaran Krishna. Dan jika orang dilatih untuk menjadi seorang yang mempunyai kesedaran Kŗşņa, maka secara automatik semua orang akan gembira. Sesiapa yang mengambil bahagian, sesiapa yang mendengarnya, sesiapa yang bekerjasama - setiap seorang akan berasa gembira. Jadi proses kita adalah proses yang semula jadi. Anda cintakan Tuhan, dan jika anda (adalah) sebenarnya pakar dalam mencintai Tuhan, secara semula jadi anda akan mengashihi semua orang. Sama seperti orang yang sedar akan Krishna, kerana dia mengasihi Tuhan maka beliau mengasihi haiwan juga. Beliau mengasihi burung, binatang, setiap satu makhluk. Tetapi apa yang dikenali sebagai kasih kemanusiaan mereka mengasihi beberapa manusia, tetapi haiwan dibunuh. Mengapa mereka tidak mengasihi haiwan? Kerana ketidak sempurnaan. Tetapi seseorang yang menyedari Krishna tidak akan membunuh haiwan atau memberi kesusahan walaupun ianya haiwan. Tetapi itulah cinta sejagat. Jika anda hanya mengasihi saudaramu, itu bukanlah cinta sejagat. Cinta sejagat bererti kamu mengasihi setiap satu makhluk. Cinta sejagat itu boleh dikembangkan melalui kesedaran Krishna, bukan dengan sebaliknya.

Tetamu Wanita: Saya tahu beberapa penyembah terpaksa memutuskan hubungan, dengan ibu bapa dunia material mereka, dan ia sedikit sebanyak memberikan kesedihan kepada mereka, kerana ibu bapa mereka tidak memahaminya. Kini apa yang anda memberitahu mereka untuk mengurangkan kesedihan?

Prabhupada: Seorang budak lelaki yang berada dalam kesedaran Krishna, beliau memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ibu bapa beliau, keluarga, rakan senegara, masyarakat. Tanpa kesedaran Krishna, perkhidmatan apa yang mereka boleh berikan kepada ibu bapa mereka? Kebanyakan mereka hidup terpisah. Tetapi, sebagaimana Prahlāda Mahārāja adalah penyembah yang terunggul, dan ayahnya adalah yang paling tidak percayakan kekuasaan Tuhan, sehinggkan ayahnya dibunuh oleh Nṛsiṁhadeva, tetapi Prahlāda Mahārāja, bila beliau diarah oleh Tuhan untuk meminta restu, beliau berkata, "Hamba bukannya seorang saudagar, Tuan, iaitu dengan memberikan Anda sedikit perkhidmatan, saya mahukan sedikit pulangan. Tolong maafkan saya." Nṛsiṁhadeva sangat berpuas hati: "Inilah seorang penyembah yang murni." Tetapi penyembah murni yang sama ini memohon kepada Tuhan, "Ya Tuhanku, ayah saya adalah seorang yang tidak percayakan Tuhan, dan dia telah melakukan banyak kesalahan, maka saya memohon untuk pembebasan ayah saya. " Dan Nṛsiṁhadeva bersabda, "Ayah anda sudah dibebaskan kerana anda adalah anaknya. Walaupun dengan segala kesalahanya, beliau dibebaskan, kerana anda adalah anaknya. Bukan sahaja ayahmu, tetapi bapa ayahmu, bapanya sehingga tujuh generasi, mereka semua dibebaskan. " Jadi, jika seorang Vaisnava muncul dalam sebuah keluarga, dia membebaskan bukan sahaja bapanya, tetapi bapanya, bapanya, bapanya, dengan cara itu. Itu adalah perkhidmatan yang terbaik kepada keluarga, dengan menjadi seorang yang sedar akan Krishna.. Sebenarnya, ia telah berlaku. Salah seorang pelajar saya, Kārttikeya, ibunya begitu gemar akan gologan sosialit iaitu apabila beliau mahu melawat ibunya, ibunya bicara "Kamu duduk di sini. Saya hendak pergi ke majlis tari-menari." Begitulah hubungan mereka. Namun, kerana dia, budak lelaki ini sedar Krishna, beliau bercakap mengenai Kṛṣṇa kepada ibunya banyak kali. Pada saat meninggal ibunya bertanya kepada anaknya, "Di manakah Krishna kamu? Adakah beliau di sini?" Dan dia serta-merta, beliau meninggal dunia. Itu bermakna pada saat meninggal beliau teringat Krishna, dan serta-merta beliau dibebaskan.. Itu telah dihuraikan dalam Bhagavad-gītā, yaṁ yaṁ vāpi smaran loke tyajaty ante kalevaram (BG 8.6). Pada saat maut jika seseorang mengingati Kṛṣṇa, maka kehidupannya berjaya. Oleh itu ibunda ini, oleh kerana anaknya, anak yang berkesedaran Krishna, beliau mendapat pembebasan, tanpa datang ke kesedaran Krishna. Maka itulah manfaatnya.