MS/Prabhupada 0088 - Para Murid Yang Telah Menyertai Kita, Mereka Telah Memberikan Penerimaan Melalui Indera Telinga, Melalui Mendengar



Lecture on BG 7.1 -- San Diego, July 1, 1972

Brahmā berkata. Pengalaman Brahmā ... Beliau adalah makhluk hidup tertinggi di dalam alam semesta. Beliau berkata bahawa, "Bila seseorang itu akan menghentikan perangai buruk berspekulasi ini..." Jñāne prayāsam udapāsya. Ia harus menjadi tunduk patuh. Seseorang tidak harus menunjukkan dirinya yang ia mengetahui sesuatu, dan berspekulasi sesuatu, ia akan mencipta sesuatu. Sama seperti orang yang kononnya saintis ini, mereka hanya berspekulasi dan membuang tenaga kerja sahaja. Tidak apa apa yang boleh anda lakukan. Kesemuanya telah diaturkan. Anda tidak boleh tukar. Anda hanya boleh lihat bagaimana hukum itu sedang berjalan, banyak benda anda boleh lakukan. Namun anda tidak boleh menukarkan hukum tersebut, dan tidak boleh menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk hukum tersebut. Tidak. Anda tidak boleh buat. Daivī hy eṣā guṇamayī mama māyā duratyayā (BG 7.14). Duratyayā bererti ia sangat sukar. Oleh itu Caitanya Mahāprabhu, apabila Beliau telah diberitahu mengenai kenyataan yang diberikan oleh Brahmā, yang seseorang itu harus menghentikan kaedah spekulasi ini, yang ia boleh mencipta sesuatu... Dan perangai buruk ini harus dihentikan. Ia harus menjadi sangat rendah hati. Lebih rendah hati daripada rumput. Sama seperti jika kita menginjak-injak rumput, ia tidak membantah. "Baiklah, encik, sila jalan." Rendah hati seperti itu. Tṛṇād api sunīcena taror api sahiṣṇunā. Taru bererti pokok. Pokok mempunyai kesabaran yang tinggi.

Oleh itu Caitanya Mahāprabhu telah bersabda, ñāne prayāsam udapāsya namanta eva... "Kalau saya, Saya menghentikan proses spekulasi ini dan menjadi rendah hati sepertimana yang anda telah nasihatkan. Maka apakah tugas saya yang seterusnya?" Tugas yang seterusnya ialah: namanta eva, menjadi rendah hati, san-mukharitāṁ bhavadīya-vārtām, anda harus mendekati seseorang penganut, dan mendengar daripada beliau. Sthāne sthitāḥ. Anda tinggal di tempat anda. Anda kekal sebagai seorang warganegara Amerika. Anda kekal sebagai warganegara India. Anda kekal sebagai seorang Kristian. Anda kekal sebagai seorang Hindu. Anda kekal sebagai berkulit hitam. Anda kekal sebagai berkulit putih. Anda kekal sebagai wanita, lelaki, apa-apa pun sekarang. Hanya anda perlu mendengar kepada khutbah yang diberikan oleh jiwa-jiwa yang telah insaf. Ini telah disarankan. Dan apabila anda dengar, maka anda akan berfikir juga. Sama seperti bagaimana anda mendengar saya berkata. Jika anda berfikir bahawa "Apa yang diperkatakan oleh Swamiji...?" Sthāne sthitāḥ śruti-gatāṁ tanu-vāṅ-manobhiḥ. Śruti-gatām. Śruti bererti hanya mendengar melalui telinga. Jika anda berfikir dan cuba memahami dengan badan anda, minda dan maka secara berunsur anda akan.. Ini kerana tujuan anda adalah keinsafan diri. Maka diri bererti Diri Yang Utama. Tuhan Yang Maha Esa, Beliau adalah Diri Yang Utama. Kita adalah sebahagian daripada-Nya. Oleh itu melalui proses ini, Caitanya Mahāprabhu bersabda, Tuhan, Ajita, tidak boleh tertakluk...Jika anda.. Dengan cabaran, jika anda ingin mengetahui Tuhan, anda tidak akan faham. Tuhan tidak menerima sebarang cabaran. Ini kerana Tuhan adalah maha besar, mengapakah Beliau perlu menerima cabaran anda? Jika anda berkata, "Oh, Tuhanku yang dikasihi, tolonglah datang ke sini. Aku ingin melihatMu," oleh itu Tuhan bukan seperti itu, yang Beliau akan menurut perintah anda. Anda harus menurut perintah Beliau. Itu adalah keinsafan Tuhan. Tuhan bersabda: "Anda berserahlah," sarva-dharmān parityajya mām ekaṁ śaraṇaṁ vraja (BG 18.66). Itu adalah prosesnya, yang anda akan mempelajari mengenai Tuhan. Bukannya, "Oh, saya tahu mengenai Tuhan. Saya mempunyai kecerdikan yang tinggi, spekulasi." Tidak.

Itu adalah pendengaran... Kita bercakap mengenai pendengaran. Proses pendengaran adalah sangat penting. Kita punya, institusi, pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa, telah merebak kerana murid-murid yang telah bergabung dengan kita, mereka telah menerima melalui indera telinga, melalui mendengar, Dengan mendengar, semuannya akan bertukar di dalam mereka dan mereka telah menyertai kita dengan penuh, hati yang sepenuh hati dan ... Semua sedang berlangsung. Kita membuka begitu banyak pusat hanya untuk memberikan kepada orang-orang kesempatan untuk mendengarkan mesej transendental ini. Jadi kalian semua ambillah kesempatan ini, kamu pergunakanlah, maksud saya, manfaat dari proses mendengar ini.