MS/Prabhupada 0106 - Ambil Lif Bhakti yang Terus Menuju ke Arah Sri Krishna



Lecture on BG 18.67 -- Ahmedabad, December 10, 1972

Maka mama vartmānuvartante bererti, seperti mana berada di atas, seperti mana terdapat banyak bangunan pencakar langit di Amerika. Seribu lima cerita. Saya rasa itu adalah yang terbaru. Sekiranya awak perlu mencapai ke puncak yang tertinggi. Terdapat tangga untuk itu. Maka semua orang sedang mencuba untuk pergi ke sana. Tetapi sesesorang telah melaluinya, contohnya, sepuluh langkah. Seorang lagi telah melaluinya, contohnya, lima puluh langkah. Satu lagi sebanyak seratus langkah. Tetapi kamu harus melengkapkannya, anggaran sebanyaknya, dua ribu langkah Maka tangga itu adalah sama. Mama vartmānuvartante. Matlamatnya, ialah mencapai ke puncak yang tertinggi. Tetapi seseorang yang telah melalui sepuluh langkah, dia berada di tahap yang lebih rendah daripada seseorang yang telah melalui lima puluh langkah. Seseorang yang telah melalui lima puluh langkah, dia berada di tahap yang lebih rendah daripada seseorang yang telah melalui seratus langkah. Maka sebegitu juga, terdapat proses yang berbeza. Tetapi, semua proses adalah tidak sama. Mereka mensasarkan pada matlamat yang sama, karma, jñāna, yoga, bhakti, tetapi bhakti ialah langkah yang tertinggi. Apabila kamu sampai ke platform bhakti, maka kamu akan memahami apa itu Sri Kṛṣṇa. Bukan melalui karma, jñāna, yoga. Itu adalah tidak mustahil. Kamu sedang mencuba, kamu sedang menuju ke arah matlamat itu, tetapi Sri Kṛṣṇa bersabda, bhaktyā mām abhijānāti (BG 18.55). Sri Kṛṣṇa tidak bersabda, "By jñāna, by karma, by yoga." Tidak. Itu kamu tidak boleh memahaminya. Kamu boleh menuju ke hadapan, melangkah. Tetapi jika kamu ingin mengenali Sri Kṛṣṇa, maka bhakti. Bhaktyā mām abhijānāti yāvān yaś cāsmi tattvataḥ (BG 18.55). Ini ialah prosesnya. Oleh itu, mama vartmānuvartante bererti “ Semua orang sedang mencuba untuk datang kepada-Ku, berdasarkan pada kebergantungan, keupayaan mereka, tetapi seseorang yang ingin memahami saya, proses yang mudah…” Seperti mana adanya tangga di sana, tetapi bukan di negara ini, di negara Europe dan Amerika, bersebelahan, ada lif, di sana. Daripada melangkah dari satu tangga ke satu tangga ke puncak tertinggi, kamu dapatkan bantuan lif ini. Kamu akan pergi segera, dalam sesaat. Maka jika kamu mengambil lif bhakti, dengan segera kamu akan mendekati Sri Kṛṣṇa secara terus. Berbanding dengan menuju, langkah demi langkah demi langkah. Mengapakah kamu perlu mengambil? Oleh itu Sri Kṛṣṇa bersabda, sarva-dharmān parityajya mām ekaṁ śaraṇaṁ vraja: (BG 18.66) “Kamu hanya menyerahkan diri kepada saya. Urusan kamu telah habis." Mengapakah kamu perlu bekerja banyak, langkah demi langkah demi langkah?