MS/Prabhupada 0121 - Pada Mutlaknya Sri Krishna Sedang Bekerja



Morning Walk At Cheviot Hills Golf Course -- May 17, 1973, Los Angeles

Kṛṣṇa-kāntī: Para doktor-doktor mengagumi sifat otak manusia yang kompleks.

Prabhupāda: Ya. Ya.

Kṛṣṇa-kāntī: Mereka sangat kagum.

Prabhupāda: Namun mereka adalah bangsat. Ia sebenarnya bukan otak yang berfungsi. Ia sebenarnya sang roh yang sedang berfungsi. Ia serupa dengan: sebuah mesin komputer. Orang yang kurang pintar akan memikirkan yang mesin komputer sedang berfungsi. Tidak. Ia sebenarnya seorang manusia yang sedang menggunakannya. Manusia tersebut menekan butang, baru ia berfungsi. Jikalau tidak, apakah nilai mesin tersebut? Anda simpanlah mesin tersebut untuk beribu tahun, ia tidak akan berfungsi. Apabila seorang lagi manusia, menekan butang, ia akan berfungsi. Oleh itu siapa sebenarnya yang bekerja? Mesin tersebut yang berfungsi ataupun manusia tersebut yang bekerja? Dan manusia tersebut juga adalah sebuah mesin. Dan ia(manusia) akan berfungsi kerana kehadiran Paramātmā, Tuhan. Oleh itu, pada mutlaknya, Tuhan akan bekerja. Orang yang mati tidak boleh bekerja. Oleh itu, berapa lamakah seseorang itu akan hidup? Selagi ada Paramātmā, akan ada ātmā. Sekiranya ada ātmā, dan sekiranya Paramātmā tidak memberikan kebijaksanaan, ia tidak boleh bekerja. Mattaḥ smṛtir jñānam apohanaṁ ca (BG 15.15). Tuhan memberikan saya kebijaksanaan, “Anda tekan butang tersebut.” Maka saya akan tekan butang tersebut. Oleh itu Sri Kṛṣṇa sedang bekerja. Jika terdapat seorang lagi manusia yang tidak terlatih, ia tidak boleh bekerja kerana ia tidak mempunyai kebijaksanaan. Dan seseorang yang terlatih, ia boleh bekerja. Oleh itu, kesemua benda ini sedang berlaku. Pada mutlaknya, ia adalah Sri Kṛṣṇa. Apabila anda sedang melakukan penyelidikan, apabila anda bercakap, itu Sri Kṛṣṇa yang melakukan sebenarnya. Sri Kṛṣṇa yang memberikannya... Anda, anda berdoa kepada Sri Kṛṣṇa agar kemudahan ini diberikan. Sri Kṛṣṇa memberikannya. Ada masanya, anda akan mencuba sesuatu eksperimen dan ia akan berjaya tanpa dijangka. Oleh itu apabila, Sri Kṛṣṇa memerhatikan yang anda bertungkus-lumus mengejarkan eksperimen ini, “Baik, sila berjaya melakukannya." Sama seperti Yaśodā Mā, Beliau cuba untuk mengikat Sri Kṛṣṇa, tetapi Beliau tidak berjaya untuk melakukannya. Namun apabila Sri Kṛṣṇa telah bersetuju, ia tidak mustahil. Dengan cara yang serupa, benda yang tidak dijangka akan berjaya kerana, Sri Kṛṣṇa yang menolong anda:”Baiklah, kerana anda bekerja secara bertungkus-lumus, silalah terima keputusan ini.” Kesemuannya adalah Sri Kṛṣṇa. mattaḥ sarvaṁ pravartate (BG 10.8). Ini telah dijelaskan. Mattaḥ smṛtir jñānam apohanaṁ ca (BG 15.15). Kesemuanya berasal dari Sri Kṛṣṇa.

Svarūpa Dāmodara: Mereka berkata, “Sri Kṛṣṇa tidak memberikan sebarang langkah bagaimana untuk menjalankan eksperimen tersebut.”

Prabhupāda: Ya, Beliau memberikan langkah-langkah tersebut kepada anda. Jikalau tidak bagaimana anda melakukan eksperimen tersebut. Apa-apa yang anda lakukan, adalah dengan rahmat Tuhan. Dan selagi anda masih berkeyakinan, maka Sri Kṛṣṇa akan memberikan adalah lebih kemudahan. Sri Kṛṣṇa akan memberikan anda segala kemudahan, sebanyak mana yang anda inginkan, bukan lebih daripada itu. Ye yathā māṁ prapadyante tāṁs tathaiva... Sekadar mana anda berserah diri kepada Sri Kṛṣṇa, sekadar itu Sri Kṛṣṇa akan memberikan anda kebijaksanaan. Jika anda berserah secara sepenuhnya, kebijaksanaan secara sepenuhnya akan diberikan. Ia dinyatakan di dalam Bhagavad-gītā. Ye yathā māṁ prapadyante tāṁs tathaiva bhajāmy aham (BG 4.11).