MS/Prabhupada 0138 - Tuhan Adalah Sangat Mulia. Apapun Yang Anda Inginkan, Beliau Akan Memakbulkannya



Ratha-yatra -- Philadelphia, July 12, 1975

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih, kepada kesemua rakyat daripada bandar yang besar ini, Philadelphia. Anda adalah sangat mulia, bersemangat tinggi, kerana mengikuti pertubuhan ini, Maka saya sangat terhutang budi kepada kalian semua. Saya sangat terhutang budi kepada pemuda dan pemudi Amerika ini yang sangat membantu saya dalam menyebarkan pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa ini di negara-negara Barat. Saya telah diperintah oleh guru kerohanian saya untuk berdakwah mengenai kesedaran Kṛṣṇa di negara-negara Barat. Maka di tahun 1965 pertama sekali saya telah datang ke New York. Dan pada tahun 1966, pertubuhan ini telah didaftarkan di New York. dan daripada tahun 1967, pertubuhan ini sedang merebak ke Amerika, Eropah, Kanada, dan di Lautan Pasifik Selatan, Australia, dan di seluruh penjuru dunia ini.

Oleh itu saya akan menjelaskan mengenai pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa ini. Kṛṣṇa, perkataan ini, bererti sangat-menarik. Kṛṣṇa adalah sangat menarik kepada setiap para makhluk hidup, bukan sahaja manusia, bahkan juga haiwan, burung-burung, lebah, pokok, bunga, buah-buahan, air. Ini adalah gambar di Vṛndāvana. Ini adalah dunia material. Kita tidak ada pengalaman mengenai dunia kerohanian. Namun kita boleh mendapatkan sekilas idea, apakah itu rohani apakah itu alam.

Hanya cuba memahami apakah perbezaan antara orang yang hidup dan badan yang mati (mayat). Mayat bererti apabila daya hidup di dalam badan telah meninggalkan badan tersebut, maka badan itu kemudian hanya menjadi suatu benda mati, yang tidak berguna. Selagi daya hidup masih berada di dalam badan tersebut, maka badan tersebut adalah sangat penting. Maka pengalaman kita dengan badan ini, terdapat benda yang mati dan terdapat daya hidup, dengan cara yang serupa, terdapat dua dunia: terdapat dunia material dan dunia kerohanian. Para makhluk hidup, setiap antara kita, kita berpunya kepada dunia kerohanian. Kita tidak berpunya kepada dunia material. Dalam satu cara atau yang lain, kita berhubung kait dengan dunia material ini dan badan material ini, dan urusan kita, walaupun kita adalah daya hidup yang kekal, dan kerana kita berkait dengan badan material ini, kita harus melalui empat kesengsaraan ini: kelahiran, kematian, penyakit dah usia tua. Itu kita harus lalui. Dan di dunia material ini, kita mendapat sejenis badan, dan ia akan berakhir pada tahap yang tertentu. Sama seperti apa-apa bahan material. Jika anda, sebagai contoh, pakaian anda. Anda memakai jenis pakaian seperti ini, dan apabila ia telah lusuh, ia tidak boleh dipakai lagi, anda akan membuangnya, dan menggunakan pakaian yang lain. Badan material ini adalah seperti pakaian untuk daya hidup. Namun kerana kita adalah terikat kepada dunia material ini, kita ingin berseronok di dunia material, kita mendapat jenis badan yang berlainan. Ini telah dijelaskan di Bhagavad-gītā, seperti sebuah mesin. Sebenarnya badan ini adalah sebuah mesin. Di Bhagavad-gītā ia telah dinyatakan:

īśvaraḥ sarva-bhūtānāṁ
hṛd-deśe 'rjuna tiṣṭhati
bhrāmāyān sarva-bhūtāni
yantrārūḍhāni māyayā
(BG 18.61)

Maka para makhluk hidup, kita telah mengingini. "Manusia mengusulkan, Tuhan menentukan." Tuhan itu sangat mulia. Apapun yang anda inginkan, Beliau akan memakbulkannya. Walaupun Beliau bersabda bahawa, "Keinginan material seperti ini tidak akan memuaskanmu," tetapi anda tetap menginginkannya. Oleh itu Tuhan memberikan kepada kita, Kṛṣṇa, jenis badan yang berlainan untuk memakbulkan keinginan kita. Ini disebut sebagai kehidupan material yang terikat. Badan ini, ia bertukar mengikut keinginan kita, itu disebut sebagai proses evolusi. Melalui evolusi, kita akan menerima badan seorang manusia selepas mengambil berjuta badan-badan yang lain. Jalajā nava-lakṣāṇi sthāvarā lakṣa-viṁśati. Kita telah melalui badan 900,000 spesies di dalam air. Dengan cara yang sama, dua juta jenis tumbuhan, pokok. Dalam cara sebegini, dengan cara semulajadi, alam telah membawa kita untuk menerima badan sebagai seorang manusia ini, hanya untuk membina dan membangkitkan kesedaran kita. Alam telah memberikan kita suatu peluang, "Sekarang apa yang hendak anda lakukan? Sekarang anda perlu membina kesedaran anda. Sekerang anda ingin melalui proses evolusi sekali lagi, atau anda ingin pergi ke sistem planet yang lebih tinggi, atau anda ingin pulang ke Tuhan, Kṛṣṇa, atau anda ingin berada kekal di sini?" Ini adalah pilihan yang ada di sana. Ia dinyatakan di Bhagavad-gītā:

yānti deva-vratā devān
pitṛn yānti pitṛ-vratāḥ
bhūtejyā yānti bhūtāni
mad-yājīno 'pi yānti mām
(BG 9.25)

Maka buatlah pilihan anda, Jika anda ingin ke sistem planet-planet yang lebih tinggi, anda boleh pergi. Jika anda ingin berada kekal di sini, di sistem planet pertengahan, anda boleh berbuat begitu juga. Dan jika anda ingin ke sistem planet yang lebih rendah, anda boleh berbuat begitu. Dan jika anda ingin pulang ke Tuhan, Kṛṣṇa, anda boleh buat itu juga. Itu adalah pilihan anda. Maka, apakah perbezaan antara dunia material ini, dengan sistem planet-planet yang lebih tinggi atau sistem planet-planet yang lebih rendah, dan apakah itu dunia kerohanian? Dunia kerohanian bererti tidak ada benda-benda material. Kesemuanya adalah rohani, seperti mana yang telah saya beritahu pada anda. Pokok-pokok, bunga, buah-buahan, air, dan haiwan - kesemuanya rohani. Tidak ada wujudnya pemusnahan. Ia adalah kekal. Jika anda ingin pergi ke dunia kerohanian, maka anda harus menggunakan peluang anda dengan kehidupan sebagai manusia ini, dan jika anda ingin berada di dunia material ini, anda boleh juga berbuat yang sepatutnya.