MS/Prabhupada 0140 - Satu Jalan Adalah Alim, Dan Satu Jalan Yang Lain Adalah Tidak Alim - Tidak Ada Jalan Ketiga



Lecture on SB 6.1.45 -- Laguna Beach, July 26, 1975

Ini adalah pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa. Kita sedang mengajarkan kepada masyarakat bahawa anda sedang menderita di dalam kehidupan demi kehidupan. Sekarang masyarakat telah sampai pada kedudukan di mana mereka tidak mengetahui bahawa ada kehidupan sesudah kehidupan yang sekarang ini. Mereka itu sangat maju. Sebji seperti anjing dan kucing, mereka tidak tahu terdapat kehidupan sesudah kehidupan. Itu dinyatakan di sini: yena yāvān yathādharmo dharmo veha samīhitaḥ. Iha, iha bererti "di dalam kehidupan ini." Sa eva tat-phalaṁ bhuṅkte tathā tāvat amutra vai. Amutra bererti "kehidupan berikutnya." Maka kita sedang mempersiapkan kehidupan kita yang berikutnya di dalam... Yatha adharmaḥ, yathā dharmaḥ. Terdapat dua jalan : anda boleh melakukan kegiatan alim atau tidak alim. Tidak ada jalan yang ketiga. Satu jalan adalah alim, suatu lagi tidak alim. Maka di sini kedua-duanya disebut. Yena yāvān yathādharmaḥ, dharmaḥ. Dharma bererti berkonstitusi. Dharma tidak bererti, seperti yang dinyatakan di dalam sebilangan kamus bahasa Inggeris, "sejenis kepercayaan." Kepercayaan mungkin sahaja buta. Itu bukannya dharma. Dharma bererti, kedudukan yang berkonstitusi yang asli. Itu adalah dharma. Saya telah beberapa kali menyatakan... Seperti air. Air adalah cecair. Itu adalah dharmanya. Air, jika mengikut keadaan, ia menjadi pepejal, ais, tetapi, ia masih menjadi cecair semula kerana itu adalah dharmanya. Anda meletakkan ais, secara beransur ia akan berubah menjadi cecair. Itu bererti keadaan air secara pepejal tersebut adalah palsu. Kerana komposisi kimia, air tersebut bertukar menjadi pepejal, namun secara semulajadi ia bertukar menjadi cecair.

Oleh itu kedudukan kita pada waktu ini ialah seperti pepejal: "Jangan dengar apa-apa yang berkaitan dengan Tuhan." Namun kedudukan semulajadi kita ialah kita adalah hamba Tuhan. Kerana kita sedang mencari tuan... Tuan yang utama ialah Kṛṣṇa Bhoktāraṁ yajña-tapasāṁ sarva-loka maheśvaram (BG 5.29). Kṛṣṇa bersadba, "Aku adalah tuan segala penciptaan. Aku adalah penikmat." Beliau adalah tuan. Caitanya-caritāmṛta bersabda juga, ekala īśvara kṛṣṇa. Īśvara bererti pengawal ataupun tuan. Ekala īśvara kṛṣṇa āra saba bhṛtya: "Kecuali Kṛṣṇa, mereka adalah, samaada para makhluk hidup yang besar atau kecil, mereka adalah hamba, kecuali Kṛṣṇa." Maka anda boleh lihat: Kṛṣṇa tidak melayani sesiapa. Beliau hanya menikmati. Bhoktāraṁ yajña-tapasāṁ sarva-loka... Orang lain seperti kita, pertama sekali mereka bekerja dengan bersungguh, dan kemudian menikmati. Kṛṣṇa tidak pernah bekerja. Na tasya kāryaṁ kāranaṁ ca vidyate. Namun, Beliau menikmati. Itu adalah Kṛṣṇa. Na tasya... Ini adalah informasi Veda. Na tasya kāryaṁ kāranaṁ ca vidyate: "Tuhan, Kṛṣṇa, Beliau tidak ada apa-apa untuk dilakukan." Anda boleh lihat, maka, Kṛṣṇa selalu menari dengan para gopī dan bermain dengan para pengembala lembu. Dan apabila Beliau berasa penat, Beliau berehat di Yamunā dan dengan serta-merta kawan-kawan Beliau datang. Ada seseorang mengipaskan Beliau, seorang memicit badan Beliau. Oleh itu Beliau adalah tuan. Dan mana-mana beliau pergi, Beliau adalah tuan. Ekala īśvara kṛṣṇa. Īśvaraḥ paramaḥ kṛṣṇaḥ (Bs. 5.1). Pengawal yang tertinggi adalah Kṛṣṇa. "Maka siapakan pengawal?" Tidak, tidak terdapat pengawal bagi Beliau. Itu adalah Kṛṣṇa. Di sini kita berkerja sebagai pengarah sebegini dan sebegitu, Presiden Amerika Syarikat, tetapi saya bukan pengawal yang tertinggi. Dan apabila masyarakat inginkan, mereka akan menjatuhkan saya. Itu kita tidak memahami, tetapi kita menampilkan diri kita sebagai tuan pengawal, namun saya dikawal oleh orang lain. Dan dia juga bukan pengawal. Di sini kita akan mencari pengawal yang boleh mengawal dalam had yang tertentu, namun ia juga dikawal oleh pengawal yang lain. Oleh itu Kṛṣṇa bererti Beliau adalah pengawal, tetapi tidak ada sesiapa yang mengawal Beliau. Itu adalah Kṛṣṇa, itu adalah Tuhan. Ini adalah sains untuk memahaminya. Tuhan bererti Beliau mengawal segalanya, tetapi Beliau tidak ada sesiapa yang mengawalNya.