MS/Prabhupada 0144 - Ini Disebut Sebagai Māyā



Sri Isopanisad, Mantra 2-4 -- Los Angeles, May 6, 1970

prakṛteḥ kriyamāṇāni
guṇaiḥ karmāṇi sarvaśaḥ
ahaṅkāra-vimūḍhātmā
kartāham iti manyate
(BG 3.27)

Bagi para penganut, Kṛṣṇa bertanggungjawab ke atas mereka Sendiri, dan kepada para makhluk hidup yang biasa, māyā bertanggungjawab ke atas mereka. Māyā adalah ejen Kṛṣṇa juga. Sama seperti seorang warganegara yang baik, ia akan dijaga dengan baik oleh kerajaan secara langsung, dan para penjenayah, mereka akan dijaga oleh kerajaan melalui jabatan penjara, melalui jabatan jenayah. Mereka juga dijaga. Di dalam penjara, kerajaan menjaga penjenayah tersebut bukannya di dalam situasi yang tidak selesa - mereka masih mendapat makanan, jika berpenyakit mereka diberi rawatan hospital. Penjagaan memang ada di sana, namun di bawah hukuman. Dengan cara yang serupa, kita, di dunia material ini, semestinya terdapat penjagaan, tetapi, dari segi hukuman. Dan jika anda berbuat begini, anda akan mendapat tamparan. Jika anda berbuat begini, anda akan mendapat tendangan. Jika anda berbuat begini, maka ... Benda-benda ini sedang berlaku. Ini disebut sebagai tiga jenis kesengsaraan. Namun jika kita di bawah perangkap māyā kita akan memikir yang tendangan daripada māyā ini, tamparan daripada māyā ini, dan rintangan daripada maya ini adalah sangat menyenangkan. Anda boleh lihat? Ini disebut sebagai māyā. Dan apabila anda menerima kesedaran Kṛṣṇa, maka Kṛṣṇa akan menjaga anda. Ahaṁ tvāṁ sarva-pāpebhyo mokṣayiṣyāmi mā śucaḥ (BG 18.66). Kṛṣṇa, apabila anda berserah diri, maka dengan segera pula kata-kata ini diucapkan oleh Kṛṣṇa iaitu, "Aku akan menjagamu. Aku akan menyelamatkanMu dari semua, dari segala reaksi dosa-dosa." Terdapat reaksi dosa yang bertimbun di hidup kita, selama kehidupan demi kehidupan di dunia material ini. Dan apabila anda berserah diri kepada Kṛṣṇa, dengan serta-merta Kṛṣṇa akan menjagamu. dan Beliau akan uruskan bagaimana untuk menyesuaikan setiap reaksi dosa-dosa. Ahaṁ tvāṁ sarva-pāpebhyo mā śucaḥ. Kṛṣṇa bersabda, "Jangan meragu." Jika anda berfikir bahawa "Oh, saya telah melakukan banyak aktiviti-aktiviti yang berdosa. Bagaimanakah Beliau akan menyelamatkan saya?" TIdak. Kṛṣṇa adalah maha-berkuasa. Beliau boleh menyelamatkan anda. Urusan anda adalah hanya untuk berserah diri pada Beliau, tanpa sebarang syarat, dedikasikan dirimu untuk perkhidmatan Beliau, dan maka anda akan diselamatkan.