MS/Prabhupada 0146 - Apabila Saya Tiada, Dan Jika Rakaman Dimainkan, Maka Ia Akan Berbunyi Dengan Suara Yang Sama



Lecture on BG 7.4 -- Nairobi, October 31, 1975


Kṛṣṇa bersabda bahawa bagaimana anda memikirkan tentang material. Saintis material, mereka sedang mengkaji tentang bumi. Apa yang mereka sebut? Ahli tanah. Mereka sedang mengkaji tanah: Di manakah biji timah? Di manakah emas? Di manakah arang batu? Di mana itu, ini? Banyak benda, mereka sedang mengkaji. Namun mereka tidak tahu dari mana datangnya kesemua benda ini. Di sini adalah... Kṛṣṇa menjelaskan erti bhinnā me prakṛti: "Ini adalah tenagaKu, tenagaKu." Bagaimana kesemua jenis bahan kimia dan sumber-sumber alam ini dicipta, semua orang akan bertanya, orang yang bijaksana. Ini adalah jawapannya. Ini adalah jawapannya, iaitu:

bhūmir āpo 'nalo vāyuḥ
khaṁ mano buddhir eva ca
ahaṅkāra itīyaṁ me
bhinnā prakṛtir aṣṭadhā
(BG 7.4)

Bhinnā prakṛtir aṣṭadhā. Sama seperti saya sedang bercakap sekarang, dan ia sedang dirakam, dirakam. Apabila saya tiada, apabila rakaman itu dimainkan, ia aka berbunyi dengan suara yang sama. Oleh itu, itu adalah tenaga saya dan tenaga orang lain, tetapi bhinnā, terpisah daripada saya. Anda harus memahaminya seperti itu. Kesemuanya adalah daripada tenaga Tuhan, Kṛṣṇa, namun di dunia material ini kita sedang menghilangkan Kṛṣṇa. Dari mana datangnya tenaga-tenaga ini? Itulah pokok bahasan yang sedang hilang dari kita, Bhinnā. Seseorang yang tahu ... Seperti contoh yang sama. Apabila rakaman ini dimainkan, tetapi tidak ada orang yang tahu siapa yang telah merakamankannya, dia tidak boleh tahu. Namun dia boleh kenal suaranya, dia boleh faham bahawa, "Suara ini kepunyaan Prabhupāda, atau Swamiji." Dengan cara yang serupa, tenaga ada di sana, tetapi kita telah melupakan punca tenaga tersebut atau kita tidak tahu punca tenaga tersebut, maka kita menerima benda-benda material sebagai yang terakhir. Ini adalah kejahilan kita.

Prakṛti ini, dunia material ini, terbina dengan tiga benda: bhūmir āpo 'nalo vāyuḥ khaṁ mano buddhir eva ca (BG 7.4). Maka dari mana kesemuanya berasal? Kṛṣṇa menerangkan, bahawa "Mereka adalah tenaga-tenagaKu." Kerana kita tahu, yang.. Untuk memahami Kṛṣṇa bererti seseorang itu harus tahu apa itu bumi, apa itu air, apa itu api, apa itu udara, apa itu langit, apa itu minda, apa itu keakuan(ego). Ini adalah benda-benda material, mereka harus tahu dari mana benda-benda ini berasal. Mereka hanya telah mencipta teori yang air adalah kombinasi bahan kimia, hidrogen, oksigen. Namun darimana datangnya bahan kimia ini, hidrogen, oksigen? Itu mereka tidak dapat jawab. Maka ini disebut sebagai acintya-śakti. Acintya-śakti. Jika anda tidak menerapkannya, jika kamu menolak, acintya-śakti, yang ada di dalam Tuhan, acintya-śakti, tenaga yang tidak terbayang, maka tidak ada Tuhan. Acintya-śakti-sampannaḥ.

Sekarang anda tidak boleh faham apa itu acintya-śakti. Anda jugak ada acintya-śakti, acintya-śakti, kesemua orang, ini kerana kita adalah sebahagian daripada Tuhan. Namun sangat kecil...Tetapi kita adalah...Berapakah rationya? Rationya adalah, ia dinyatakan di śāstra... Apakah itu? Keśāgra-śata-bhāgasya śatadhā kalpitasya ca jīva-bhāgaḥ sa vijñeyaḥ sa cānantyāya kalpate (CC Madhya 19.140). Keśāgra-śata-bhāgasya. Kita cuba memberikan idea. Berapa perbandingannya? Bahagian hujung sehelai rambut, hanya setitik yang kecil sahaja, anda bahagikan kepada seratus bahagian. Dan bahagian tersebut anda bahagikan kepada seratus bahagian lagi. Itu bererti, satu per sepuluh ribu bahagian hujung sehelai rambut. Itu seperti satu noktah. Itu adalah magnitud jīva, roh, percikan rohani, bahagian-bahagian molekul, bahagian-bahagian atom. Maka keśāgra-śata-bhāgasya śatadhā kalpitasya ca jīva-bhāgaḥ sa vijñeyaḥ sa cānantyāya kalpate (CC Madhya 19.140).

Mana magnitud itu terdapat di sana, namun kerana mata yang material ini hanya boleh memandang benda yang kasar sahaja, benda yang halus kita tidak boleh fahami. Tetapi daripada śāstra anda boleh memahami, daripada śruti. Dan anda akan memahami. Ini adalah ayat daripada Bhagavad-gītā, indriyāṇi parāṇy āhur indriyebhyaḥ paraṁ manaḥ manasas tu parā buddhiḥ (BG 3.42). Sama sepertimana ia dinyatakan mano buddhiḥ. Manasas ca parā buddhiḥ. Yang lebih halus dan lebih unggul dari fikiran adalah kecerdasan. Itu adalah... Di tempat yang lain juga dijelaskan bahawa benda yang kasar adalah deria-deria. Indriyāṇi parāṇy āhuḥ. Penglihatan yang kasar. Saya boleh lihat seorang manusia bererti saya boleh lihat badannya, mata, telinga, tangan dan kaki dan segalanya. Itu adalah penglihatan yang kasar. Namun lebih halus daripada deria-deria kasar ini, adalah minda yang sedang mengawal deria-deria ini. Itu anda tidak boleh lihat. Indriyāṇi parāṇy āhur indriyebhyaḥ paraṁ manaḥ (BG 3.42). Minda dikawal oleh kecerdasan. Manasas ca parā buddhiḥ. Maka anda harus pelajari seperti itu. Bukan seperti orang yang biasa, anda hanya menolak bahawa "Tidak terdapat Tuhan, tidak terdapat roh," ini adalah perangai bangsat, hanya bangsat. Jangan menjadi seorang bangsat. Ini adalah Bhagavad-gītā. Belajar kesemuanya secara khusus, secara terperinci. Dan ini adalah terbuka bagi kesemua orang.