MS/Prabhupada 0176 - Krishna Akan Tetap Terus Ada Bersamamu, Jika Kamu Benar-benar Mencintai Krishna



Lecture on SB 1.8.45 -- Los Angeles, May 7, 1973

Jadi kita memiliki kekuatan mistik, tetapi kita tidak mengetahuinya. Contoh-contohnya diberikan seperti itu. Seekor rusa ada mempunyai bau yang harum di pusatnya, dan ia adalah sangat wangi, ia melompat di sini dan di sana, di sini dan di sana, di sini dan di sana. Di manakah bau wangi tersebut? Ia tidak tahu yang bau wangi itu daripada pusatnya. Anda faham. Bau wangi itu ada di dalamnya, tetapi ia sedang mencari, "Di manakah bau wangi itu? Di manakah bau wangi itu?" Dengan cara yang serupa, kita ada banyak kuasa mistik yang dorman di dalam kita. Kita tidak menyedarinya. Tetapi jika anda mempraktikkan sistem yoga mistik ini, ada diantaranya yang akan berkembang dengan begitu baik. Sama seperti burung-burung yang berterbangan, tetapi kita tidak boleh terbang. Ada masanya kita mempunyai keinginan, "Sekiranya saya ada sayap-sayap seperti seekor burung merpati..." Terdapat puisi. "Saya boleh pergi dengan serta-merta." Tetapi kuasa mistik itu juga ada di dalam kita. Jika anda membinanya dengan mempraktikkan yoga, anda juga boleh terbang di udara. Itu adalah mungkin. Terdapat planet yang disebut sebagai Siddhaloka. Di Siddhaloka, para penduduknya, mereka disebut sebagai.. Siddhaloka bererti mereka ada banyak kuasa mistik. Kita cuba pergi mengembara ke planet bulan dengan pelbagai mesin. Mereka boleh terbang. Sebaik sahaja mereka inginkan, mereka boleh pergi.

Jadi kuasa mistik ada di setiap orang. Ia harus dibina. Parāsya śaktir vividhaiva śrūyate. (CC Madhya 13.65). Kita ada banyak kuasa-kuasa yang dorman. Ia harus dibina. Seperti Kṛṣṇa. Katakan dalam empat atau lima tahun dahulu, anda tidak tahu apa itu Kṛṣṇa. Dengan tunjuk ajar anda telah mengenali Kṛṣṇa, siapakah Tuhan, apakah perhubungan kita. Jadi kehidupan sebagai seorang manusia adalah untuk pengembangan seperti itu, bukan untuk mencari di manakah makanan, di manakah tempat tinggal, di manakah perhubungan seks. Kesemuanya telah ada di sana. Tasyaiva hetoḥ prayateta kovido na labhyate ..... (SB 1.5.18). Kesemuanya benda ini adalah bukan subjek untuk ditanyakan. Semua benda-benda ini sudah ada. Ia adalah cukup untuk burung-burung dan binatang puas. Dan apa lagi bagi manusia? Namun mereka telah menjadi seperti bangsat. Mereka asyik dalam pemikiran di manakah makanan, di manakah tempat tinggal, di manakah seks, di manakah pertahanan. Ini adalah tamadun yang telah disalah tunjuk ajar, disalah tunjuk ajar. Tidak ada soalan bagi kesemua benda ini... Tidak ada langsung sebarang masalah. Mereka tidak melihat yang haiwan tidak ada sebarang masalah, burung-burung tidak ada masalah. Mengapa masyarakat ada banyak masalah? Itu bukan sebenarnya masalah. Masalah sebenar adalah bagaimana caranya untuk menghentikan pengulangan kelahiran, kematian, usia tua dan penyakit. Itu adalah masalah yang sebenarnya. Masalah tersebut sedang diselesaikan oleh pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa. Jika anda hanya memahami apakah itu Kṛṣṇa, tyaktvā dehaṁ punar janma naiti (BG 4.9), tidak ada kelahiran material lagi.

Oleh itu pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa adalah begitu indah, jika anda menjadi kawan kepada Kṛṣṇa, maka anda boleh bercakap dengan Kṛṣṇa. Dan Yudhiṣṭhira Mahārāja telah meminta: "Kṛṣṇa, mohon tinggal beberapa hari lagi." Jadi Kṛṣṇa,bukan hanya beberapa hari sahaja, Kṛṣṇa akan terus ada bersamamu, jika kamu benar-benar mencinta Kṛṣṇa. Ribuan terima kasih.