MS/Prabhupada 0183 - Wahai Tuan Burung Hantu, Sila Buka Mata Untuk Melihat Matahari



Lecture on SB 6.1.37 -- San Francisco, July 19, 1975

Tuhan sedang berkanvas bahawa "Aku berada di sini. Aku telah datang." Paritrāṇāya sādhūnāṁ vināśāya ca duṣkṛtām (BG 4.8). "Aku telah datang di hadapanmu hanya untuk memberimu kelegaan."Paritrāṇāya sādhūnāṁ. "Kau cuba memahami Aku, jadi Aku telah datang ke sini. Aku berada di sini. Mengapa kamu berfikir bahawa Tuhan tidak mempunyai rupa bentuk? Aku telah hadir, Kṛṣṇa, rupa bentuk. Kau lihat, Aku ada seruling di tanganKu. Aku sangat mengasihi lembu-lembu. Aku mengasihi lembu-lembu dan para orang alim dan Brahma, semua orang, mengasihi semua dengan sama, kerana mereka semua adalah anak-anakKu dalam jenis badan-badan yang lain." Kṛṣṇa sedang bermain. Kṛṣṇa sedang bercakap. Namun, para bangsat ini tidak akan memahami Kṛṣṇa. Jadi apakah kesalahan Kṛṣṇa? Itu sebenarnya kesalahan kita. Andha. Sama seperti seekor burung hantu. Seekor burung hantu tidak akan membuka matanya untuk melihat sinaran matahari. Anda tahukan, burung hantu? Jadi mereka tidak akan membuka mata. Namun anda boleh berkata, "Wahai tuan burung hantu, sila buka mata untuk melihat matahari," "Tidak, tidak terdapat matahari. Saya tidak boleh lihat." (gelak ketawa) Ini adalah ketamadunan seekor burung hantu. Jadi anda harus bergaduh dengan burung-burung hantu ini. Anda harus menjadi tabah, lebih-lebih lagi para sannyāsī. Kita harus gaduh dengan para burung hantu. Kita harus membuka mata mereka dengan cara paksa, dengan mesin (gelak ketawa) Jadi ini sedang berlaku. Jadi pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa adalah untuk melawan para burung hantu ini.

Jadi ini adalah cabarannya: yūyam vai dharma-rājasya yadi nirdeśa-kāriṇaḥ. Nirdeśa-kāriṇaḥ. Hamba bererti mereka tidak mempunyai pilihan kedua melainkan melaksanakan perintah yang telah diberikan oleh tuannya. Jadi nirdeśa-kāriṇaḥ. Mereka tidak boleh membantah. Tidak. Apa-apa yang telah diperintah, harus dituruti. Jadi jika seseorang mengaku bahawa dirinya.. Dia sedang mengharapkan... Saya berfikir... Di sini para Viṣṇudūta juga disebutkan, vāsudevokta-kāriṇaḥ. Mereka juka adalah hamba. Jadi ukta bererti apa-apa perintah yang telah diberikan oleh Vāsudeva, mereka laksanakan. Dengan cara yang serupa, para Yamadūta, mereka adalah hamba kepada Yamarāja. Mereka juga dipanggil sebagai nirdeśa-kāriṇaḥ: "Jika kamu benar-benar adalah hamba kepada Yamarāja, kamu harus bertindak mengikut perintahnya, maka kamu harus tahu apa itu dharma dan apa itu adharma." Jadi mereka sebenarnya adalah hamba yang bonafide kepada Yamarāja, tidak ada sebarang keraguan mengenainya. Jadi mereka memberikan identiti mereka dengan cara ini, yamadutas ucuḥ veda-praṇihito dharmaḥ, dengan segera akan dijawab. "Apakah itu dharma?" Itu adalah persoalannya. Dengan segera akan dijawab. Mereka tahu apakah itu dharma. Veda-praṇihito dharmaḥ: "Dharma bererti apa yang diterangkan di dalam Veda." Anda tidak boleh mencipta dharma. Veda, adalah pengetahuan yang asli, Veda bererti pengetahuan. Veda-śāstra. Jadi, pada permulaan saat penciptaan, Veda telah diberikan kepada dewa Brahmā. Veda... Jadi ia disebut sebagai apauruseya; ia bukan sesuatu yang dicipta. Itu telah dijelaskan di dalam Śrīmad-Bhāgavatam, tene brahma hṛdā ādi-kavaye. Brahma, brahma bererti Veda. Nama lain bagi veda adalah brahma, pengetahuan kerohanian, atau semua pengetahuan, brahma. Jadi; tene brahma hṛdā ādi-kavaye. Jadi Veda harus dipelajari dengan guru kerohanian.

Ia dinyatakan bahawa dewa Brahmā adalah makhluk yang yang pertama yang memahami Veda. Bagaimanakah beliau telah memahaminya? Siapakah guru beliau? Tidak ada sebarang makhluk hidup yang lain. Jadi bagaimanakah beliau telah memahami Veda? Guru beliau adalah Kṛṣṇa dan Beliau bersemayam di hati setiap orang. Īśvaraḥ sarva-bhūtānāṁ hṛd-deśe ’rjuna tiṣṭhati(BG 18.61). Jadi Beliau mengajar daripada hati. Jadi Kṛṣṇa mengajar - Beliau adalah sangat mulia - sebagai caitya-guru, daripada hati, dan beliau menghantar representasi beliau daripada luar. Caitya-guru dan guru, dua-dua cara, Kṛṣṇa sedang mencuba. Kṛṣṇa adalah begitu mulia. Jadi Veda, itu bukan buku-buku hasil karya manusia. Veda, apauruṣeya. Apauruṣeya tidak bererti dibuat oleh... Kita tidak harus menganggap Veda sebagai buku-buku biasa yang penuh dengan spekulasi mental. Ia adalah pengetahuan yang sempurna. Ia adalah pengetahuan yang sempurna. Dan seseorang itu harus menerimanya, tanpa sebarang tokok tambah, tanpa penterjemahan. Jadi ia ditelah disabdakan oleh Tuhan. Jadi Bhagavad-gītā adalah juga Veda. Ia telah disabda oleh Kṛṣṇa. Jadi anda tidak boleh membuat sebarang penambahan, penukaran. Anda harus menerima menurut aslinya. Maka anda akan mendapat ilmu pengetahuan yang betul.