MS/Prabhupada 0327 - Makhluk Hidup Itu Berada di Dalam Badan, Yang Terdiri Dari Badan Kasar dan Badan Halus



Room Conversation -- April 20, 1976, Melbourne

Carol Jarvis: Anda telah beritahu kepada saya tadi, yang anda telah menghasilkan ribuan dollar daripada penjualan buku-buku anda.

Prabhupāda: Ya.

Carol Jarvis: Jika anda inginkan idea pemikiran anda disampaikan kepada semua orang, mengapakah anda menjual buku dan membuat keuntungan daripada itu?

Prabhupāda: Jika tidak, anda tidak akan membacanya. Jika saya memberikannya secara percuma, anda berfikir yang "Ah, ini adalah benda yang mengarut. Mereka sedang memberikannya secara percuma."

Carol Jarvis: Tidak seharusnya memberikannya secara percuma, tetapi jual kepada mereka dengan harga yang berpatutan yang hanya menggantikan kos untuk menerbitkan buku-buku tersebut.

Prabhupāda: Apabila mereka bayar untuknya... Apabila mereka bayar untuknya, mereka akan cuba melihat "Apa buku-buku ini cuba sampaikan? Biar saya tengok." Dan jika anda mendapatkannya secara percuma, anda akan menyimpannya di rak untuk berkurun lamanya. Jadi... Namun, kita harus mencetak buku-buku tersebut, siapa akan membayar untuk kos itu? Kita tidak ada duit.

Carol Jarvis: Apa yang telah berlaku pada duit-duit yang telah dikumpulkan, telah kamu dapatkan di jalanan?

Prabhupāda: Kita sedang mengembangkan pertubuhan kita. Kita sedang membuka pusat-pusat yang lain. Kita sedang mencetak banyak buku-buku yang lain. Ini adalah buku-buku saya. Saya telah menubuhkan Bhaktivedanta Book Trust. Ini adalah wasiat saya, dan saya telah memberikan lima puluh peratus daripada wasiat saya untuk mencetak buku-buku dan lima puluh peratus lagi harus dibelanja mengembangkan gerakan ini. Tidak ada persoalan bagi keuntungan dari segi material.

Carol Jarvis: Saya berfikir seandainya saya boleh bertanya satu soalan lagi, iaitu, jika anda ingin berikan sebarang mesej?

Prabhupāda: Ya, ini adalah mesejnya, yang orang sedang menganggap bahawa kita semua adalah badan ini, namun itu bukan faktanya. Jiwa (Roh), atau orang itu sebenarnya, ia berada di dalam badannya. Sama seperti anda adalah bukan, bukan kemeja atau kot baju anda. Anda berada dalam kemeja dan baju anda. Dengan cara yang serupa, para makhluk hidup, para makhluk hidup, berada di dalam badan mereka, terdapat badan yang kasar dan badan yang halus. Badan yang halus terdiri daripada minda, kepintaran dan keakuan, dan badan yang kasar terdiri daripada benda-benda material, tanah, air, angin, api, seperti itu, lima elemen, Kesemuanya sekali lapan elemen. Ini adalah tenaga yang lebih rendah. Dan tenaga yang lebih tinggi ada di dalam lapan elemen ini, yakni lima kasar dan tiga halus Kita harus belajar mengenai perkara itu. Sepertimana yang telah saya tanyakan pemuda itu, yang, "Anda boleh mencipta mesin yang besar, terbang di angkasa, 747, tetapi kenapa anda tidak boleh mencipta juruterbangnya?"