MS/Prabhupada 0356 - Kita Tidak Bekerja Secara Aneh Dan Tidak Menentu - Kita Mengambil Versi Yang Sah Dari Śāstra



Lecture at World Health Organization -- Geneva, June 6, 1974

Prabhupāda: Sebenarnya ia adalah tugas kerajaan untuk memastikan tidak ada sesiapa pun yang menjadi penganggur. Itu adalah kerajaan yang bagus. Tidak ada sesiapapun menjadi penganggur. Itu adalah sistem Veda. Masyarakat ini dibahagikan kepada empat bahagian: brāhmaṇa, kṣatriya, vaiśya, śūdra. Dan ia adalah tugas kerajaan atau raja untuk memastikan, seorang brāhmaṇa melakukan kerja seorang brāhmaṇa, dan tugas seorang kṣatriya, ah, kṣatriya, seorang kṣatriya melakukan tugas seorang kṣatriya. Dengan cara yang serupa, seorang vaiśya... Jadi ia adalah tugas kerajaan untuk melihat kepada mengapa ada orang-orang telah menjadi penganggur. Dan soalan itu akan diselesaikan.

Tetamu: Namun orang-orang juga adalah kerajaan.

Prabhupāda :Eh?

Tetamu: Mereka juga... Orang yang sangat berpengaruh di politik, orang-orang kaya, pemilik tanah, mereka mempunyai suara yang kuat dalam pemerintahan.

Prabhupāda:Tidak. Itu, itu bererti yang itu adalah kerajaan yang tidak bagus.

Tetamu: Ya, itu adalah, itu adalah benar. Prabhupāda: Itu adalah kerajaan yang tidak bagus. Jika tidak, kerajaan akan menjalankan tugasnya dengan memastikan yang setiap orang bekerja, Tetamu: Itu yang saya telah harapkan, saat di mana pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa ini, akan menjadi pertubuhan revolusioner yang sebenarnya akan menukarkan wajah masyarakat.

Prabhupāda: Ya. Saya berfikir ia akan membawa revolusi, kerana pemuda Amerika dan Europah, mereka telah menerima hal ini. Saya telah memperkenalkan gerakan ini pada mereka. Saya berharap pemuda Amerika dan Eropah ini, mereka adalah sangat pintar, dan mereka akan menerimanya secara serius. Agar... Sekarang kita bekerja untuk beberapa tahun, lima, enam tahun. Tetapi tetap sahaja, kita telah menyebarkan pertubuhan ini ke seluruh penjuru dunia. Jadi saya meminta... Saya sekarang berusia tua. Saya akan mati. Jika mereka menerimanya secara serius, ia akan berterusan, dan akan ada revolusi. Ini kerana kita tidak bekerja secara aneh, dan tidak menentu. Kita mengambil versi yang sah daripada śāstra. Dan kita adalah... Program kita adalah untuk menerbitkan sekurang-kurang seratus buku dalam saiz sebegini. Dan terdapat banyak informasi. Mereka boleh membaca segala buku-buku ini dan mendapatkan informasi. Dan sekarang kami dialu-alukan. Terutama sekali di Amerika, di kalangan yang lebih tinggi, di kolej-kolej dan di universiti-universiti, mereka sedang membaca buku-buku ini, dan mereka sedang menghargainya. Jadi kami sedang mencuba sedaya-upaya, memperkenalkan kesusasteraan, yang secara praktikal akan berhasil dan memberikan petunjuk, sebaik yang mungkin. Tetapi saya fikir yang, lelaki-lelaki, pemuda-pemuda ini, jika mengambilnya secara serius, ia akan membawa revolusi.