MS/Prabhupada 0370 - Sejauh Yang Saya Perhatikan, Saya Tidak Menerima Penghargaan Apapun



Conversation with Prof. Kotovsky -- June 22, 1971, Moscow

Akan ada kaum Hindu ortodoks yang datang, tetapi kita telah memiliki senjata kita, iaitu pembuktian-pembuktian dari Veda. Jadi belum ada satu pun orang yang datang. Bahkan paderi Kristian.. Paderi-paderi Kristian di Amerika, mereka juga menyukai saya. Mereka berkata bahawa "Pemuda-pemuda ini, pemuda-pemuda kita, mereka adalah orang Amerika, mereka adalah Kristian, mereka adalah orang Yahudi. Dan pemuda-pemuda ingin mendekati Tuhan, dan kita tidak boleh membimbing mereka?" Mereka telah mengakui. Ayah kepada pemuda-pemuda tersebut, ibu bapa mereka, mereka datang berjumpa saya. Mereka bersujud dandavat dan berkata, "Swamiji, ia adalah satu kesyukuran kepada kami yang anda telah datang. Anda sedang mengajar kesedaran Tuhan."

Dan sebaliknya, saya dialu-alukan ke negara-negara lain. Dan di India juga, jika kamu bertanya soalan mengenai India, kesemua mazhab yang lain, mereka mengaku bahawa, sebelum saya, terdapat ramai sami-sami di sana, tetapi mereka tidak dapat menukarkan seorang pun untuk menjadi kesedaran Kṛṣṇa. Mereka sedang mengagumi perkara tersebut. Dan sejauh yang saya perhatikan, aku tidak menerima penghargaan apapun, namun saya yakin yang kerana saya mempersembahkan pengetahuan Veda menurut aslinya, tanpa tokok tambah, maka pelaksanaannya menjadi efektif. Itu adalah sumbangan yang telah saya berikan. Sama seperti jika anda ada ubat yang betul dan anda berikan pada pesakit tersebut, anda akan pastikan dia akan disembuhkan.