MS/Prabhupada 0492 - Falsafah Buddha Menjelaskan Bahawa Apabila Badan Ini Dihapuskan, Maka Itulah Nirvāṇa



Lecture on BG 2.14 -- Germany, June 21, 1974

Sekarang, apakah sebenarnya badan ini? Badan ini adalah kombinasi unsur-unsur. Kombinasi yang terdiri daripada tanah, air, udara, api, eter, minda, kepintaran, keakuan – lapan elemen material, lima elemen kasar dan tiga elemen halus. Badan ini dibina daripada unsur-unsur tersebut.

Jadi falsafah Buddha ialah apabila badan kita dihapuskan, kita akan menjadi nirvāṇa. Seperti rumah yang terbina daripada batu, batu-bata, kayu dan pelbagai lagi benda. Jika anda memecahkan rumah, tidak ada lagi batu-bata lagi. Ia akan tersebar ke tanah bumi. Ia akan tercampak ke tanah bumi. Maka rumah itu tidak wujud lagi. Dengan cara yang serupa, jika anda menjadi sifar iaitu tidak ada badan, maka anda bebas daripada penyakit dan kenikmatan. Itu adalah falsafah mereka, falsafah, nirvāṇa, śūnyavādi: “Jadikan ia sifar.”

Tetapi itu tidak mungkin. Anda tidak boleh menjadi begitu. Kerana anda adalah seorang roh. Itu akan dijelaskan. Anda adalah kekal. Anda tidak boleh menjadi sifar. Perkara ini akan dijelaskan, na hanyate hanyamāne śarīre (BG 2.20), iaitu kita akan menyerahkan badan ini, tetapi saya harus menerima badan yang lain, dengan serta-merta. Jadi, mana timbul soalan penghapusan badan? Secara semula jadi anda akan mendapat badan yang satu lagi. Tetapi anda ingin berseronok, maka anda harus kembali ke dunia material. Tidak ada gunanya menanyakan hal itu. Setiap orang di dunia material ini tahu bahawa “Saya ada di dunia material ini. Saya ingin menikmati dunia ini dengan sepenuhnya.” Tetapi seseorang itu tidak sedar akan kenyataan yang “Aku akan menerima kehidupan yang lain,” dan ia berfikir bahawa, “Badan ini terbina daripada kombinasi unsur-unsur ini – tanah, air, udara, api. Apabila badan ini dihapuskan, kesemuanya akan tamat. Selagi aku masih ada badan ini, aku akan menikmatinya dengan sepenuhnya.”

Ini disebut sebagai mentaliti material, atheis, atheis, yang tidak tahu bahawa kita adalah jiwa yang kekal, kita hanya bertukar badan sahaja. Para atheis juga memikirkan selepas kita selesai.. Di negara Barat, para profesor yang sangat hebat, mereka juga mempunyai tanggapan yang sama, apabila badan dihapuskan, kesemuanya akan tamat. Tidak. Ia bukan sebegitu. Oleh itu, ini adalah perintah permulaan. Dehino 'smin yathā dehe kaumāraṁ yauvanaṁ jarā (BG 2.13). Anda sedang bertukar badan. Apabila badan anda telah tamat masanya, ia tidak bererti yang anda pun selesai.