MS/Prabhupada 0524 - Arjuna Adalah Rakan Kekal Krishna - Beliau Tidak Boleh Berada Dalam Khayalan



Lecture on BG 7.1 -- Los Angeles, December 2, 1968

Prabhupāda: Ya.

Jaya-gopāla: Di Dalam Bab Ke- Empat Bhagavad-gītā Menurut Aslinya, ia dinyatakan bahawa Arjuna hadir saat Bhagavad-gītā disabdakan kepada dewa matahari beribu-ribu tahun dahulu. Apakah sebenarnya kedudukan beliau di sana?

Prabhupāda: Beliau juga hadir di sana, namun beliau sudah melupakannya.

Jaya-gopāla: Apakah sebenarnya kedudukan beliau di sana, jika ia tidak disabdakan di Medan Peperangan Kurukṣetra? Apakah kedudukan beliau?

Prabhupāda: Arjuna diletakkan di situasi tersebut dengan keinginan Tuhan. Melainkan... Sama seperti di pentas panggung, kedua-dua ayah dan anak, mereka berlakon watak-watak yang berlainan. Ayah berlakon sebagai seorang raja, dan anak berlakon sebagai seorang raja yang lain. Kedua-dua mereka bermusuhan. Tetapi sebenarnya mereka hanya berlakon seperti itu. Dengan cara yang serupa, Arjuna adalah rakan kekal kepada Kṛṣṇa. Beliau tidak boleh berada dalam khayalan. Bagaimana beliau boleh berada dalam khayalan jika Kṛṣṇa adalah kawan kekal beliau? Tetapi beliau diletakkan di dalam keadaan berkhayal, agar beliau berperanan seperti jiwa teriikat, dan Kṛṣṇa telah bersabda segala-galanya. Beliau telah memainkan peranan seperti orang biasa, jadi kesemua soalannya adalah seperti orang biasa. Melainkan... Kerana pengajaran Gītā telah hilang. Perkara tersebut telah dijelaskan. Jadi Kṛṣṇa inginkan untuk bersabda semula mengenai sistem yoga di Gītā. Jadi seseorang itu harus bertanya. Sepertimana anda sedang bertanya, dan saya sedang menjawab. Dengan cara yang serupa, Arjuna, sepatutnya beliau bukannya berkhayal, tetapi beliau memainkan peranan sebagai wakil kepada jiwa-jiwa yang terikat, dan beliau telah bertanya banyak soalan, jawapan-jawapan telah diberikan oleh Tuhan.