MS/Prabhupada 1060 - Melainkan jika seseorang menerima Bhagavad-gita dalam semangat yang patuh



660219-20 - Lecture BG Introduction - New York

Sarvam etad ṛtaṁ manye (BG 10.14). "Saya mengambilnya, saya percaya bahawa apa jua yang sudah kamu beritahu, itu semua adalah betul. Dan kamu Personaliti, kamu personaliti Yang Maha Esa, adalah sangat sukar untuk difahami.. dan oleh itu Kamu tidak boleh diketahui walaupun oleh dewa-dewa. Kamu tidak boleh diketahui walaupun oleh dewa-dewa. Itu bermakna bahawa Personaliti Tertinggi Yang Maha Esa tidak boleh diketahui walaupun oleh personaliti yang lebih hebat daripada manusia. dan bagaimana seseorang manusia boleh memahami Śrī Kṛṣṇa tanpa menjadi penganutnya? Oleh itu Bhagavad-gītā perlu difahami dengan semangat seperti penganut Tuhan Śrī Kṛṣṇa. Seseorang tidak harus berfikir yang dia adalah sama, dalam tahap yang sama dengan Śrī Kṛṣṇa, atau seseorang tidak harus berfikir yang dia adalah personaliti biasa, ataupun personality yang hebat. Tidak. Tuhan Śrī Kṛṣṇa adalah Personaliti Tertinggi Yang Maha Esa.

Jadi sekurang-kurangnya secara teori, dalam kenyataan di dalam Bhagavad-gītā atau dalam kenyataan, Arjuna mendakwa, orang yang mencuba untuk memahami Bhagavad-gītā, kita perlu menerima Śrī Kṛṣṇa sebagai Personaliti Tertinggi Yang Maha Esa, dan kemudiannya, dengan semangat yang patuh... jika hanya seseorang menerima Bhagavad-gītā ini dengan semangat patuh dan mendengar sebaiknya, ia adalah sangat sukar untuk memahami Bhagavad-gītā kerana ia merupakan misteri yang hebat.

Jadi di dalam Bhagavad-gītā ini... Kita perlu mengkaji apa itu Bhagavad-gītā. Bhagavad-gītā ini adalah untuk menghantar seseorang, seseorang dari kekurangan kesedaran mengenai kewujudan material. Setiap orang adalah dalam kesukaran dalam banyak cara, seperti Arjuna juga adalah dalam kesukaran dalam isu pertempuran Kurukṣetra. Dan dalam keadaan itu dia menyerah kepada Śrī Kṛṣṇa dan oleh itu Bhagavad-gītā ini telah disabda. Seperti juga, bukan sahaja Arjuna tetapi setiap daripada kita adalah penuh dengan kebimbangan disebabkan oleh kewujudan material. Asad-grahāt. Ini adalah... kewujudan kita dalam persekitaran atau suasana ketidakwujudan. Tetapi sebenarnya, kita bukan tidak wujud. Kewujudan kita adalah kekal, tetapi disebabkan beberapa cara atau yang lain kita diletakkan dalam asat ini. Asat bermaksud sesuatu yang tidak wujud.

Sekarang daripada kebanyakan manusia yang sebenarnya bertanyakan mengenai kedudukannya sebagai apa yang dia adalah kenapa dia diletakkan dalam kedudukan janggal yang menderita... melainkan jika seseorang menyedari kedudukan ini, yang "Kenapa saya sedang menderita? Saya tidak mahu semua penderitaan ini. Saya telah mencuba untuk menyelesaikan semua penderitaan ini, tetapi saya hanya gagal". Melainkan jika seseorang adalah dalam kedudukan itu, dia tidak dipertimbangkan untuk menjadi manusia yang sempurna. Kemanusiaan bermula apabila bermacam-macam pertanyaan timbul dalam pemikiran seseorang. Di dalam Brahma-sūtra pertanyaan ini dipanggil brahma-jijñāsā. Athāto brahma jijñāsā. Dan segala aktiviti manusia adalah dianggap sebagai kegagalan kerana tidak mempunyai pertanyaan ini di pemikiran. Jadi seseorang yang menyedari pertanyaan ini di pemikirannya seperti "Siapa saya, kenapa saya sedang menderita, dari mana saya datang atau ke mana saya akan pergi selepas kematian," apabila pertanyaan ini timbul, disedari di pemikiran seseorang yang waras, dia secara praktikal adalah pelajar yang betul untuk memahami Bhagavad-gītā. Dan dia mesti menjadi śraddhāvān. Śraddhāvān. Dia mesti menhormati, suka menghormati Personaliti Tertinggi Yang Maha Esa. Orang seperti ini, adalah orang yang ideal seperti Arjuna.