MS/Prabhupada 1064 - Tuhan Yang Maha Esa bersemayani dalam Hati Setiap Makhluk Hidup



660219-20 - Lecture BG Introduction - New York

Dia yang memiliki kesedaran yang tertinggi, akan dijelaskan dalam Bhagavad-gita di dalam bab di mana perbezaan antara jīva and īśvara di jelaskan. Kṣetra-kṣetra-jña. Kṣetra-kṣetra-jña sudah dijelaskan, bahawa Tuhan juga adalah kṣetra-jña atau sedar. dan jīvas, atau makhluk hidup, mereka juga sedar. Akan tetapi perbezaannya adalah makhluk hidup sedar akan badannya sendiri, sedangkan Tuhan sedar akan kesemua badan. Īśvaraḥ sarva-bhūtānāṁ hṛd-deśe 'rjuna tiṣṭhati (BG 18.61).

Oleh kerana Tuhan bersemayan dalam hati setiap makhluk hidup maka Beliau sedar akan gerak-geri batin, kegiatan, setiap makhluk hidup. Kita tidak seharusnya lupa akan kenyataan ini. Ianya juga menjelaskan bahawa Paramatma, atau Kepribadian Tuhan Yang Maha Esa, bersemayan dalam hati setiap orang sebagai īśvara, iaitu sebagai pengendali dan Beliau juga memberi petunjuk. Beliau juga memberi petunjuk. Sarvasya cāhaṁ hṛdi sanniviṣṭhaḥ (BG 15.15). Beliau bersemayan dalam hati setiap orang, dan Beliau memberi petunjuk supaya makhluk hidup dapat bertindak mengikut kehendaknya. Makhluk hidup lupa apa yang harus dilakukan. Pertama sekali dia mengambil keputusan untuk bertindak dengan cara yang tertentu, dan kemudiannya dia terikat dalam tindakan dan tindak balas karma-nya sendiri. Tetapi selepas meninggalkan salah satu jenis badan, dia masuk ke dalam jenis badan yang lain... Sama seperti kita membuka sejenis pakaian, untuk mengenakan jenis pakaian yang lain., begitu juga, ianya dijelaskan dalam Bhagavad-gītā bahawa vāsāṁsi jīrṇāni yathā vihāya (BG 2.22). Sebagaimana setiap orang menukar pakaian yang berlainan, begitu juga para makhluk hidup menukar dari satu badan ke badan yang lain, perpindahan ruh , dan dibawa bersamanya tindakan dan reaksi kegiatannya dari masa lampau. Jadi kegiatani ini boleh diubah apabila makhluk hidup berada dalam sifat kebaikan, waras, dan dia mengerti jenis kegiatan yang harus dilakukannya, dan jika dia berbuat demikian, maka segala tindakan dan reaksi kegiatannya dari masa lampau boleh diubah. Oleh yang demikian karma tidak kekal. Selain dari empat, lima perkara - īśvara, jīva, prakṛti, kāla, and karma— empat perkara ini adalah kekal, manakala karma, perkara yang dikatakan karma, ianya tidak kekal. Tuhan Yang Maha Esa yang memiliki kesedaran yang tertinggi, dan perbezaan di antara īśvara yang memiliki kesedaran yang tertinggi, atau Tuhan Yang Maha Esa, dan makhluk hidup, dalam keadaan kini, adalah seperti berikut. Kesedaran, kesedaran, kedua-dua Tuhan dan makhluk hidup, kedua-duanya memiliki kesedaran bersifat rohani. Tidak benar bahawa kesedaran ini wujud hasil dari perhubungan dengan alam. Ianya adalah buah fikiran yang silap. Andaian bahawa kesedaran berkembang dalam keaadaan tertentu dari gabungan unsur-unsur alam tidak di terima oleh Bhagavad-gītā. Tidak boleh. Kemungkinan kesedaran dicerminkan terbalik oleh penutup keadaan material, seperti cahaya yang dipantulkan melalui kaca berwarna mungkin kelihatan berwarna. Begitu juga dengan kesedaran Tuhan, tidak dipengaruhi oleh hal-hal material.. Tuhan Yang Maha Esa, iaitu Krishna, Beliau bersabda bahawa mayādhyakṣeṇa prakṛtiḥ (BG 9.10). Apabila Beliau turun di alam semesta ini, kesedaran Beliau tidak dipengaruhi oleh hal-hal material. Sekiranya kesedaran Beliau dipengaruhi oleh hal-hal material maka Beliau tidak layak untuk bersabda tentang hal-hal kerohanian dalam Bhagavad-gita. Seseorang tidak boleh mengatakan apa-apa tentang dunia rohani kalau dia belum bebas dari kesedaran yang dicemari oleh hal-hal material. Jadi, Tuhan tidak dicemari oleh hal-hal material. Akan tetapi, kesedaran kita pada saat ini dicemari secara material. Secara keseluruhannya, seperti yang diajar oleh Bhagavad-gītā, kita harus menyucikan kesedaran ini yang dicemari secara material, dan tindakan dalam kesedaran yang murni, akan membahagiakan diri kita. Kita tidak boleh berhenti. Kita tidak boleh menghentikan kegiatan kita. Kegiatan-kegiatan ini harus disucikan. Dan kegiatan-kegiatan yang disucikan disebut bhakti. Kegiatan dalam bhakti nampak seperti kegiatan yang biasa tetapi ianya adalah kegiatan yang tidak dicemari. Ianya adalah kegiatan yang murni. Jadi orang yang jahil barangkali melihat bahawa seorang penyembah bertindak seperti manusia biasa, tetapi orang seperti itu yang kurang berpengetahuan, dia tidak tahu bahawa kegiatan penyembah dan kegiatan Tuhan, mereka tidak dicemari oleh kesedaran yang tidak suci, ketidaksucian oleh tiga gunas, sifat-sifat alam, tetapi berkesedaran rohani. Oleh itu kita harus mengetahui bahawa kesedaran kita dicemari oleh hal-hal material.