MS/Prabhupada 0134 - Kamu Tidak Boleh Membunuh, Tetapi Kamu Sedang Membunuh



Morning Walk -- October 4, 1975, Mauritius

Prabhupāda:Paderi-paderi Kristian, mereka bertanya bahawa “Kenapa agama Kristian ada kekurangan? Apa yang telah kita lakukan?” Maka saya telah berkata pada mereka, "Apakah yang anda tidak pernah lakukan?" (gelak ketawa).

Cyavana: Ya.

Prabhupāda: Anda telah melanggar perintah Christ daripada permulaan iaitu, “Anda tidak boleh membunuh,” dan anda sedang membunuh, hanya membunuh. Maka apa yang tidak anda lakukan?”

Penganut1: Mereka bekata bahawa manusia menguasai binatang. Mereka harus...

Prabhupāda: Maka anda kena bunuh dan makan binatang. Bagusnya alasan tersebut. “Seorang ayah harus menguasai anak-anak, maka anak-anak tersebut harus dibunuh dan dimakan.” Orang bangsat, dan mereka mengaku diri mereka sebagai ketua agama.

Puṣṭa Kṛṣṇa: Prabhupāda, dalam setiap saat kita membunuh melalui bernafas dan melakukan pelbagai perkara, dan it dinyatakan bahawa. “Anda tidak boleh membunuh,” maka bukankah Tuhan telah memberikan perintah yang mustahil?

Prabhupāda: Tidak. Dengan hati nurani ada tidak boleh. Namun tanpa disedari, jika anda terlakukannya, itu boleh dimaafkan. (putus)… na punar baddhyate. Āhlādinī-śakti, ialah potensi kegembiraan. Maka potensi kegembiraan tidak menyakitkan Kṛṣṇa. Namun ia menyakitkan. Ia menyakitkan untuk kita, jiwa-jiwa yang terkurung. Kedai “Golden Moon” (nama bar), setiap orang datang ke sana untuk kegembiraan, tetapi terdapat aktiviti-aktiviti dosa yang terlibat. Maka it bukan suatu kegembiraan. Ia akan memberikan kesakitan. Terdapat banyak tindakbalas selepas itu. Kehidupan seks, walaupun bukan terlarang, it masih menyakitkan, akibat daripada tindakan itu. Anda harus menjaga anak-anak. Anda akan mendapat anak-anak. Itu adalah menyakitkan. Anda terpaksa membayar bil bersalin, kemudian yuran pendidikan, yuran doktor – oleh itu ia sangat menyakitkan. Oleh itu kegembiraan ini, kegembiraan seks, akan diikuti oleh banyak benda yang menyakitkan. Tāpa-karī. Kegembiraan yang sama ada di antara para mahkluk hidup dengan kuantiti yang sedikit, dan apabila mereka telah menggunakannya, ia akan menyakitkan. Namun, potensi kegembiraan ini terdapat di dunia kerohanian, di mana Kṛṣṇa menari dengan para gopī, itu bukan benda yang menyakitkan. It sangat memuaskan. (putus)... manusia, jika ia makan benda yang sedap, itu akan menyakitkan. Jika seseorang yang berpenyakit, jika dia makan...

Cyavana: Dia akan menjadi lebih sakit.

Prabhupāda: Lebih sakit. Maka hidup ini adalah untuk ber-tapasya, bukannya untuk menerima – tetapi menolak secara sukarela. Itu adalah baik.