MS/Prabhupada 0135 - Anda Tidak Boleh Mengira Usia Veda



Morning Walk -- October 5, 1975, Mauritius

Orang India: Swamijī, adakah anda fikir yang Kitab, mengenai Adam, Adam ialah Brahma? Ia telah ditiru daripada falsafah India dan cuma nama yang lain diletakkan di sana?

Prabhupāda: Dari sudut pandangan sejarah, ia ditiru, kerana Veda telah dicipta oleh Brahmā, lama, lama, beberapa juta, berjuta-juta tahun dahulu dan kitab dicipta hanya dua ribu tahun dahulu. Oleh itu kita harus mengambil yang asli. Kesemua sistem agama di dunia ini, mereka diambil daripada Veda, daripada bahagian yang lain. Oleh itu kesemuanya tidak lengkap. Usia Kitab adalah tidak lebih daripada dua ribu tuhan. Usia Veda anda tidak boleh kira, berjuta-juta tahun dahulu.