MS/Prabhupada 0136 -Ilmu Pengetahuan Telah Diturunkan Melalui Garis Perguruan



Lecture with Translator -- Sanand, December 25, 1975

Maka Bhagavān bererti Personaliti Tuhan Yang Maha Esa. Kebenaran Yang Mutlak akan dikenali di tiga peringkat: brahmeti paramātmeti bhagavān iti śabdyate (SB 1.2.11). Kebenaran Yang Mutlak boleh dikenali pada permulaan sebagai Brahman yang impersonal, yang objektifnya adalah menjadi jñānī, dan kemudian, Paramātmā, di mana objektifnya adalah menjadi yogi, dan kesimpulannya, di dalam pemahaman mutlak adalah yang personal, iaitu Personaliti Tuhan Yang Maha Esa. Isu yang mutlak ialah Personaliti Tuhan Yang Maha Esa, sama seperti apabila kita memahami bahawa di planet matahari ada Personaliti Yang Berkuasa atau sūrya-nārāyaṇa, atau ketua di planet matahari. Nama beliau juga diberikan di Bhagavad-gītā – Vivasvān. Tuhan bersabda di Bab yang keempat, imaṁ vivasvate yogaṁ proktavān aham avyayam: (BG 4.1) “Pada permulaan, Aku telah menerangkan mengenai sains, sistem yoga di Bhagavad-gītā, kepada Vivasvān, tuhan-matahari.” Vivasvān manave prāhur manur ikṣvākave 'bravīt. Dan Vivasvān, tuhan matahari, beliau telah menerangkan kepada Manu, dan Manu menerangkan pada anak beliau. Dengan cara sebegini, dengan garis seperguruan, ilmu telah diturunkan. Maka jika kita berbicara mengenai jñāna, ilmu pengetahuan, ia seharusnya daripada seseorang dipelajari daripada seseorang. Oleh itu Bhagavān, adalah perkataan terakhir dalam memahami Kebenaran Yang Mutlak, Beliau berkata di Bhagavad-gītā.

Oleh itu Vyāsadeva memaksudkan secara spesifik, bhagavān uvāca. Beliau tidak berkata kṛṣṇa uvāca, kerana ada kalanya Kṛṣṇa disalahfahami oleh orang-orang yang bodoh. Oleh itu bhagavān uvāca, perkataan ini, bererti apa-apa yang diperkatakan oleh Beliau, tidak ada sebarang kesalahan ataupun kekurangan. Untuk orang yang biasa seperti kita, terdapat empat jenis kekurangan: bhrama pramāda vipralipsā kara-ṇāpāṭava. Maka pada Personaliti Tuhan Yang Maha Esa ataupun orang yang berinsaf, hamba-hamba Kṛṣṇa, sesiapa yang telah memahami Kṛṣṇa, bagi mereka tidak terdapat sebarang kekurangan. Mereka adalah sempurna. Untuk sebab ini Kṛṣṇa memberikan perintah :

tad viddhi praṇipātena
paripraśnena sevayā
upadekṣyanti tad jñānaṁ
jñāninas tattva-darśinaḥ
(BG 4.34)

Sesiapa yang telah melihat atau menginsafi kebenaran, anda harus menerima pengetahuan daripada orang tersebut. Oleh itu kita harus berjumpa dengan orang seperti itu. Jika tidak, jika kita berjumpa dengan seorang spekulator, kita tidak boleh dapat ilmu pengetahuan yang sebenar. Orang-orang spekulator ini, mereka tidak boleh faham apa itu Tuhan. Oleh itu mereka membuat kesilapan yang “Tuhan adalah seperti ini,” “Tuhan adalah seperti itu,” “Tidak ada kewujudan Tuhan,” “Tuhan tidak mempunyai rupa.” Kesemua benda ini akan dicadangkan, kerana mereka adalah tidak sempurna. Maka Bhagavān telah berkata, avajānanti māṁ mūḍhā mānuṣīṁ tanum āśritāḥ (BG 9.11). Kerana Beliau datang rupa seorang manusia untuk memanfaatkan kita, namun orang yang bodoh dan bangsat akan memikirkan Beliau sebagai orang yang biasa. Jika Bhagavān bersabda, ahaṁ bīja-pradaḥ pitā (BG 14.4), “ Aku adalah ayah yang memberi benih," Oleh itu kita, semua antara kita, kita tahu bahawa ayah saya adalah orang yang mempunyai rupa bentuk, ayahnya adalah orang mempunyai rupa bentuk, dan kenapa Tuhan Yang Maha Esa atau Ayah Maha Besar perlu menjadi impersonal? Kenapa? Dan kita harus belajar daripada Bhagavān, Personaliti Yang Maha Esa, penuh dengan ilmu pengetahuan. Bhagavad-gītā ini adalah penuh dengan ilmu pengetahuan daripada Personaliti Tuhan Yang Maha Esa. Kita tidak boleh menukar walaupun satu kata di dalam Bhagavad-gītā. Itu adalah kebodohan. Maka Pertubuhan Kesedaran Kṛṣṇa mengikuti prinsip ini. Kita tidak mencipta atau mereka sesuatu. Kita hanya menyampaikan mesej yang telah diberikan oleh Tuhan Yang Maha Esa. Dan ini secara praktikal telah menjadi efektif.