MS/Prabhupada 0186 - Tuhan Adalah Tuhan, Sepertimana Emas Adalah Emas



Lecture on BG 7.1 -- Fiji, May 24, 1975

Walaupun kita berada di Fiji atau England atau di mana jua pun, kerana Kṛṣṇa adalah pemunya segalanya, di mana-mana sahaja..., Sarva-loka-maheśvaram (BG 5.29). Maka Fiji adalah sebahagian daripada sarva-loka. Jadi jika Beliau pemunya kesemua loka-loka, maka Beliau adalah pemunya Fiji juga. Tidak ada keraguan mengenai perkara itu. Jadi penduduk-penduduk Fiji, jika kamu semua menerima kesedaran Kṛṣṇa, maka hidup kamu akan menjadi sempurna. Itu adalah kesempurnaan hidup. Jangan melencong daripada arahan Kṛṣṇa. Secara terus, bhagavān uvāca, secara terus Bhagavān sedang bersabda. Anda harus mengambil kesempatan ke atasnya. Itu adalah penyelesaian segala masalah-masalah di dunia jika anda merujuk kepada Bhagavad-gītā. Apa-apa masalah sahaja yang adalah lalui, ada jalan penyelesaian, dengan syarat anda mengambil jalan penyelesaian tersebut.

Pada zaman ini, mereka menghadapi masalah kekurangan makanan. Jalan penyelesaian telah diberikan di Bhagavad-gītā. Kṛṣṇa bersabda, annād bhavanti bhūtāni: (BG 3.14). "Bhūtāni, segala makhluk hidup, kedua-dua binatang dan manusia, mereka boleh hidup dengan keadaan yang sangat selesa, tanpa sebarang kerisauan, dengan syarat mereka ada biji-bijian yang mencukupi." Sekarang, adakah anda ada sebarang bantahan terhadap ini? Ini adalah jalan penyelesaiannya. Kṛṣṇa bersabda, annād bhavanti bhūtāni. Ia bukannya utopia; ia adalah praktikal. Anda harus mempunyai makanan biji-bijian yang mencukupi untuk manusia dan juga haiwan, dan kesemuanya akan menjadi aman dengan serta-merta. Tetapi manusia, jika seseorang manusia itu menjadi lapar, dia akan menjadi terganggu. Jadi pertama sekali, berikan dia makanan. Jadi itu adalah injuksi yang diberikan oleh Sri Kṛṣṇa. Adakah itu sesuatu yang mustahil, tidak praktikal? Anda harus bertanam lebih biji-bijian dan mengagihkannya. Ada banyak tanah di sana, namun kita tidak menanam biji-bijian. Kita sedang membangunkan, atau sibuk dalam, perkilangan peralatan dan tayar kenderaan. Sekarang makanlah tayar kenderaan itu. Tetapi Kṛṣṇa bersabda bahawa "Kau tanamlah anna." Maka tidak akan timbul persoalan kekurangan makanan. Annād bhavanti bhūtāni parjanyād anna-sambhavaḥ. Tetapi anna dihasilkan apabila terdapat air hujan yang mencukupi. Parjanyād anna-sambhavaḥ. And yajñād bhavati parjanyaḥ (BG 3.14). Dan apabila anda melakukan yajña, maka dengan itu akan selalunya ada hujan. Ini adalah caranya. Tetapi tidak ada sesiapapun yang berminat dengan yajña, tidak ada sesiapapun yang berminat dengan makanan biji-bijian, dan jika kamu sendiri mengakibatkan masalah kekurangan makanan, maka itu adalah bukan kesalahan Tuhan; itu adalah kesalahan kamu.

Jadi apa perkara sekalipun, sebarang soalan - sosial, politik, falsafah, keagamaan, apa-apa perkara - terdapat jalan penyelesaian di sana. Sama seperti di India, mereka menghadapi masalah sistem kasta. Terdapat ramai yang menyokong sistem kasta, dan terdapat yang tidak menyokongnya. Tapi Kṛṣṇa telah memberikan jalan penyelesaian. Tidak ada timbulnya persoalan sama ada seseorang itu menyokongnya atau tidak. Sistem kasta harus ditentukan mengikut kualiti. Cātur-varṇyaṁ mayā sṛṣṭaṁ guṇa-karma (BG 4.13). Tidak langsung disebut, "Bermula daripada kelahiran." Dan ia telah ditentukan di Śrīmad-Bhāgavatam

yasya yal lakṣaṇaṁ proktaṁ
puṁso varṇābhivyañjakam
yad anyatrāpi dṛśyeta
tat tenaiva vinirdiśet
(SB 7.11.35)

Arahan yang jelas yang diberikan oleh Nārada Muni.

Jadi kita harus mengikut segalanya dengan sempurna seperti di kesusasteraan Veda, dan jika kita mengikuti... Maka pertubuhan kesedaran Kṛṣṇa sedang mengajar semua orang mengenai prinsip ini. Kita tidak mereka sebarang benda. Itu bukan urusan kita. Kerana kita tahu yang kita tidak sempurna. Walau kita cuba mereka sesuatu, ia akan menjadi tidak sempurna. Kita akan empat kekurangan kita dengan kehidupan yang terikat ini: kita membuat kesalahan, kita menjadi bingung, kita menipu orang lain, dan deria-deria kita adalah tidak sempurna. Jadi bagaimana kita boleh mendapat pengetahuan yang sempurna daripada seseorang, saya bermaksud orang yang mempunyai kekurangan ini? Oleh itu kita harus memperoleh pengetahuan daripada Personaliti Yang Utama, yang tidak mempunyai kesemua kekurangan ini, mukta-puruṣa. Itu adalah pengetahuan yang sempurna.

Jadi permintaan kita adalah anda belajar pengetahuan ini daripada Bhagavad-gītā dan bertindak mengikutnya. Tidak menjadi masalah siapapun anda...Bhagavān adalah untuk setiap orang. Tuhan adalah Tuhan. Sepertimana emas adalah emas. Jika emas digunakan oleh orang Hindu, ia tidak menjadi emas Hindu. Atau jika emas digunakan oleh orang Kristian, ia tidak menjadi emas Kristian. Emas adalah emas. Dengan cara yang serupa, dharma adalah satu sahaja. Agama adalah satu sahaja. Tidak ada yang namanya agama Hindu, agama Islam, agama Kristian. Itu semua sekadar rekaan. Sepertimana "Emas Hindu," "Emas Muslim." Itu adalah mustahil. Emas adalah emas. Serupa dengan agama. Agama bererti hukum yang telah diberikan oleh Tuhan. Itu adalah agama. Dharmaṁ tu sākṣād bhagavat-praṇītaṁ na vai vidur devatah manuṣyāḥ (SB 6.3.19), seperti itu- Saya telah lupa - bahawa "Dharma, prinsip dharma adalah, sistem keagamaan, yang diperintah atau diberikan oleh Tuhan." Jadi Tuhan hanyalah satu, maka dharma, atau sistem keagamaan, hanya ada satu. Tidak boleh ada dua.