MS/Prabhupada 1061 - Di dalam Bhagavad-gita Subjek perkara adalah memahami 5 kebenaran yang berbeza



660219-20 - Lecture BG Introduction - New York

Jadi Tuhan Krsna, Dia turun ke bumi, yadā yadā hi dharmasya glānir bhavati (BG 4.7), Hanya untuk menubuhkan tujuan sebenar erti kehidupan Apabila seseorang melupakan tujuan sebenar kehidupan, misi manusia dalam kehidupan, ia dipanggil dharmasya glāniḥ, pengangguan pekerjaan seseorang manusia. Jadi di dalam keadaan sebegitu, daripada yang banyak, banyak manusia, yang sedar, seseorang yang sedar mengenai semangat memahami kedudukannya, untuknya Bhagavad-gītā ini disabda. Kita adalah seperti ditelan oleh harimau betina yang bodoh, dan Tuhan, yang sangat menyanyangi semua benda hidup, terutamanya manusia, Dia bersabda Bhagavad-gītā, menjadikan sahabatnya Arjuna sebagai seorang pelajar.

Arjuna adalah pasti... menjadi seorang yang berkenan kepada Tuhan Krsna, dia adalah di atas semua kejahilan. Akan tetapi, Arjuna dimasukkan dalam kejahilan apabila berada di Pertempuran KurukSetra hanya untuk bertanya mengenai masalah kehidupan kepada Tuhan Tertinggi, supaya Tuhan dapat menerangkannya untuk manfaat generasi manusia yang akan datang, untuk memberitahu pelan kehidupannya dan bertindak dalam cara itu, supaya hehidupannya, misi kemanusiaannya, akan menjadi sempurna.

Jadi di dalam Bhagavad-gītā subjek perkaranya adalah memahami 5 kebenaran yang berbeza. Kebenaran pertama adalah siapa itu Tuhan. Ia adalah kajian awal mengenai Sains Tuhan. supaya Sains Tuhan diterangkan disini. Seterusnya, posisi konstitusi benda hidup, jīva. Īśvara dan jīva. Tuhan, Tuhan Tertinggi, Dia dipanggil īśvara. Īśvara bermaksud pengawal dan jīva, benda hidup adalah Jīvas, benda hidup, mereka bukan īśvara, pengawal. Mereka adalah dikawal. Secara palsu, jika saya berkata yang "Saya tidak dikawal, saya adalah bebas," Ini bukan tanda manusia yang waras. Semua benda hidup adalah dikawal dalam setiap aspek. Sekurang-kurangnya, di dalam keadaan hidupnya dia adalah dikawal. Jadi di dalam Bhagavad-gita subjek perkara meliputi mengenai īśvara, Pengawal Tertinggi dan mengenai benda hidup yang dikawal, dan prakṛti, alam semula jadi, alam material. dan seterusnya, masa, atau tempoh kewujudan keseluruhan alam semesta. atau manifestasi alam material. dan tempoh masa, atau masa yang kekal. Dan karma. Karma bermaksud aktiviti. Segala-galanya, keseluruhan alam, keseluruhan manifestasi kosmik adalah penuh dengan aktiviti yang berbeza. Benda hidup terutamanya, mereka adalah terlibat dalam aktiviti yang berbeza. Jadi, kita mesti mengkaji dari Bhagavad-gītā, īśvara, apa itu Tuhan, jīva, apa itu benda hidup ini, dan prakṛti, apa itu manifestasi kosmik ini, dan bagaimana dia dikawal oleh masa, dan apakah aktivitinya?

Sekarang daripada lima subjek perkara ini, di dalam Bhagavad-gītā ia ditulis, yang Tuhan Tertinggi, atau Kṛṣṇa, atau Brahman atau Paramātmā... Kamu boleh memanggil apa yang kamu suka. Tetapi Pengawal Tertinggi. Terdapat pengawal tertinggi. Jadi Pengawai Tertinggi ini adalah yang terhebat antara semua. Dan semua benda hidup, mereka adalah dalam kualiti seperti Pengawal Tertinggi. Sama seperti Pengawal tertinggi, Tuhan Dia mempunyai kawalan ke atas hal ehwal alam semesta, ke atas alam material, bagaimana... Ini akan diterangkan dalam bab kemudian Bhagavad-gītā yang alam semesta ini adalah tidak bebas. Dia adalah bertindak dibawah arahan Tuhan Tertinggi. Mayādhyakṣeṇa prakṛtiḥ sūyate sa-carācaram (BG 9.10). Alam material ini adalah bertindak dibawah arahan saya," mayādhyakṣeṇa, "dibawah kawalan Saya."